ANNUAR Musa (tengah) menandatangani bola rasmi Liga Malaysia 2022 pada majlis pengumuman RTM sebagai Rakan Penyiar. - Kredit foto: MFL


MENEPATI slogan ‘Sukan Terbaik Hanya Di RTM’, stesen televisyen kerajaan ini bakal kembali menyajikan para peminat sukan bola sepak tempatan dengan aksi-aksi terhebat bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2022 mulai 26 Februari 2022 ini. 

Sajian Liga M bakal disingkap tirainya dengan perlawanan Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah dengan RTM atau Radio Televisyen Malaysia pada 23 Februari 2022 diumumkan selaku Rakan Penyiar Liga Malaysia 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan RTM

ANNUAR Musa (dua dari kiri) mendapat taklimat Ab. Ghani Hassan (tengah) mengenai bola rasmi Liga M 2022. - Kredit foto: MFL


RTM meneruskan kesinambungan kerjasama sejak 2021 dengan penganjur Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Telekom Msalaysia (TM) ini, menerusi persefahaman  yang disaksikan secara simbolik oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dalam majlis pelancarannya di ibu kota.

Hadir sama ke majlis hari ini ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Sri Mohammad Mentek; Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud; Pengerusi MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan dan Ketua Pegawai Komersial TM, Anand Vijayan. 

"Kerjasama ini merupakan antara matlamat RTM dalam menjalankan tanggungjawab sosial dengan memberikan siaran percuma kepada seluruh rakyat Malaysia, terutama mereka yang tidak melanggani siaran TV berbayar.

"Siaran secara langsung ini boleh ditonton pada tiga saluran RTM iaitu TV1, TV Okey dan Sukan RTM serta aplikasi gajet, RTM Klik," lapor satu siaran media oleh RTM pada 23 Februari 2022.


AB. Ghani Hassan (dua dari kiri) menyampaikan dokumen persefahaman MFL dan RTM kepada wakil RTM sambil disaksikan Annuar Musa (tengah). - Kredit foto: MFL



Liga M 2022 akan menjalani sepak mula menerusi perebutan Piala Sumbangsih Sultan Ahmad Shah antara juara bertahan yang juga juara Liga Super 2021, Johor Darul Ta'zim (JDT) FC dan juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Kelainan format musim 2022 ialah keputusan perlawanan berkenaan, tidak akan dikira sebagai kutipan mata perlawanan Liga Super 2022. 

RTM bakal menyiarkan 44 perlawanan liga termasuk Liga Super yang bakal bersiaran mulai 4 Mac 2022, Piala FA dan Piala Malaysia. - KitaReporters


BARISAN pengulas siaran langsung Liga M 2022 RTM termasuk bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein (dua dari kanan). - Kredit foto: MFL


PARA tetamu kenamaan majlis pelancaran RTM selaku Rakan Penyiar Liga M 2022, menyaksikan gimik timang bola gaya bebas seorang atlet undangan. - Kredit foto: MFL

9
12
0
12
0

Copy Link: