Masjid Kristal,Kuala Terengganu.Gambar hiasan


UMAT Islam di Negeri Terengganu menarik nafas lega apabila mereka kini dibenarkan mengerjakan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid dan surau seluruh negeri itu mengikut kapasiti keluasan rumah ibadah terbabit

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan umat Islam di negeri ini menunaikan solat berjemaah bergantung kepada keluasan masjid dan surau.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan MAIDAM:

https://kitareporters.com/search?search=MAIDAM


Umat Islam mengerjakan solat Jumaat mengikut SOP.Gambar hiasan


Baginda Sultan sentiasa mengikuti perkembangan kes COVID-19 dan memahami hasrat dan keperluan umat Islam untuk melaksanakan aktiviti ibadah di masjid serta surau terutama solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah.

Bagaimanapun, jemaah perlu mengikut beberapa garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Memahami keperluan dan hasrat umat Islam untuk mengerjakan ibadah tersebut, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) setelah mengambil kira pandangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memaklumkan, kapasiti jemaah dibenarkan tertakluk (SOP) Kesihatan dan Keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa.

Yang Dipertua MAIDAM. Datuk Osman Muda berkata, pihak pengurusan masjid tidak dibenarkan memasang penghawa dingin sepanjang ibadah solat sedang berjalan.


Datuk Osman Muda


Katanya, para jemaah yang hadir pula diwajibkan membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka sepanjang berada di masjid.

"Selain itu, jawatankuasa masjid juga bertanggungjawab melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitar termasuk tandas sebanyak tiga kali seminggu,” katanya dalam satu kenyatan Media pada Isnin 8 Februari 2021.

Beliau berkata,keputusan tersebut juga diambil selaras dengan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 5 hingga 18 Februari 2021. 




Kenyataan Media MAIDAM


Bagaimanapun, katanya, aktiviti kuliah harian termasuk aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan lain masih tidak dibenarkan. 

Beliau berkata, sekiranya SOP tidak dipatuhi, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu berhak mengambil tindakan dengan menutup masjid dan surau berkenaan. - KitaReporters

6
2
0
1
1

Copy Link: