Patuh SOP! Grup Mesra Kabin Danau Kota sambut Maulidur Rasul! Secara sederhana dalam norma baharu
Published byWALAUPUN negara diuji dengan pandemik COVID-19 yang belum mencapai ke garisan penamat lagi, kemeriahan Maulidur Rasul tetap dirasai sungguhpun disambut secara sederhana dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Penduduk Danau Kota, Setapak, tidak ketinggalan membangkitkan semangat sambutan berkenaan yang dianjurkan oleh Grup Mesra Kabin Danau Kota.
Menariknya, sambutan kali diadakan di kawasan lapang di taman permainan kanak-kanak sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan selari konsep pembudayaan norma baharu yang dihadiri kira-kira 20 penduduk Taman Danau Kota. Terbaiklah!
Lagi kisah menarik berkaitan sambutan Maulidur Rasul
SEBAHAGIAN ahli Grup Mesra Kabin Danau Kota yang hadir pada majlis salawat Nabi di kabin Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
Cadangan majlis selawat Nabi ini dicetuskan oleh seorang daripada ahli kabin, Haji Kambali yang turut bertindak mengetuai program penuh rahmat itu yang bermula pukul 8.45 malam.
Mereka yang hadir begitu bersemangat mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW memecah keheningan malam. Sungguh menggetarkan jiwa mendengar salawat bergema.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringkas makan malam yang ditempah khas untuk tetamu.
Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kejayaan memeriahkan sambutan sebagai cinta kepada Rasulullah SAW.
Menjadi kelaziman untuk setiap tahun meraikan sambutan berkenaan, namun kali ini lebih berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini namun dalam usaha zahirkan rasa cinta kepada Rasulullah majlis tetap diteruskan dalam keadaan sederhana tapi penuh makna.
Ahli Grup Mesra Kabin Danau Kota berdiri bersalawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW.
Selain itu Grup Mesra Kabin Danau Kota, bersetuju menganjurkan ibadah korban pada tahun hadapan (2022). Keutamaan penyertaan adalah kepada ahli-ahli kumpulan dan dicadangkan diadakan di Surau Al-Falah Danau Kota.
Menyedari harga satu bahagian korban sekarang tinggi sehingga mencecah lebih RM700, grup mencadangkan peserta diberi kelonggaran membuat pembayaran secara ansuran bulanan RM100 mulai hujung Oktober hingga Jun 2022. Bayaran muktamad bergantung kepada harga lembu.
Memandangkan ini program pertama kali diadakan, hanya seekor lembu atau kerbau akan dikorban. Jika sambutan baik tahun berikutnya boleh diadakan dalam sekala lebih besar.
Ahli grup bersalawat ke atas Nabi Muhammad di kabin Danau Kota pada 18 Oktober 2021 malam.
Bagi mereka yang berminat menyertai program berkenaan bolehlah mendapatkan maklumat lanjut daripada jawatankuasa program korban grup kabin, Guli Tahir melalui talian 013-5849181.
Jangan lambat nanti terlepas, peluang terhad!
Sebarang maklumat atau perkembangan terkini mengenai program ini akan disalurkan kepada peserta berdaftar dari masa ke masa. - KitaReporters
Penuh bersemangat bersalawat ke atas Nabi Muhammad SAW di pusat aktiviti Danau Kota.