Malangnya nasibmu penghantar makanan! Dimarahi pelanggan makanan! Dikasari penyedia makanan!
Published byCERITA berkenaan penghantar makanan dikasari dan dipukul atau dimarahi dan dimaki oleh pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan atau makanan yang diterima sudah banyak ditularkan dalam media sosial. Sudah menjadi asam garam kerjaya sebagai penghantar makanan.
Namun baru-baru ini, cerita lain pula menjadi tular. Walaupun tak banyak, tapi adakalanya penghantar makanan juga dikasari dan dipukul oleh pihak yang menyediakan makanan.
Selalunya pelanggan makanan, kini penyedia makanan juga! Kiri kena, kanan pun kena! Nasib-nasib!!
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penghantar makanan
Detik-detik pergaduhan tercetus antara seorang penghantar makanan GrabFood dan peniaga kafe di Taman Foo Onn, Ipoh, Perak. - Kredit foto media sosial.
“Dia sudah pukul saya, dia sudah pukul saya. Boleh saya buat report atas dia?” kata lelaki berbangsa India kepada dua anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang kebetulan melakukan rondaan di hadapan Kafe Heng Woh di Taman Foo Onn, Ipoh, Perak.
Antara rakaman dialog yang terdapat dalam sebuah video yang tersebar pada 20 April 2021, dalam aplikasi Facebook yang telah menarik perhatian ramai netizen.
Dalam video tular berdurasi 1:36 anggota berkenaan meminta penghantar makanan atau rider GrabFood beredar dari lokasi (kafe) tersebut bagi mengelakkan insiden buruk berlaku.
Pergaduhan membabitkan rider Grab Food dengan peniaga kafe makanan akibat berlakunya perselisihan faham antara mereka di Ipoh, Perak. - Kredit foto media sosial.
Namun lelaki itu, seolah-olah masih tidak berpuas hati apabila keluhannya tidak dipedulikan oleh penguat kuasa berkenaan akibat dikasari peniaga kafe tersebut.
Mangsa
mendakwa dia tidak bersalah apabila dikatakan telah ditumbuk oleh peniaga kafe dan puncanya tidak dinyatakan dengan jelas.
Pemuda itu berasa
kecewa dengan sikap anggota penguat kuasa itu yang dilihat seolah-olah acuh
tidak acuh ketika dia mengadu dan bercerita tentang sikap kasar peniaga kafe
berkenaan.
Anggota penguata kuasa itu juga meminta dia (rider) beredar segera dari premis kafe dan menasihatkan beliau membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dakwaannya benar dan tidak melakukan tindakan (sendiri) yang menyalahi undang-undang.
Dalam video itu, kedengaran suara yang menyebut kejadian itu adalah masalah kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan.
“Sudahlah ‘ane’ kecik punya hal mau kasi besar,” kata salah seorang anggota penguat kuasa.
“Apa pasal mahu marah sama saya?. Dia pukul sama saya bang,” soal lelaki ‘rider’ itu kepada penguatkuasa.
Rider tersebut akhirnya akur dengan situasi itu dan mula berkira-kira untuk beredar setelah respons penguat kuasa dan orang ramai terhadap kejadian ‘kecoh’ dan salah faham di hadapan kedai makan itu tidak memihak kepadanya.
Mangsa (rider) ditendang dari belakang oleh suspek (peniaga kafe) dan terkena kakinya sehingga berlakunya pergaduhan dengan kedua-dua individu saling berbalas pukulan antara satu sama lain. - Kredit foto media sosial.
Malangnya, belum pun sempat dia beredar dari lokasi, tiba-tiba peniaga kafe tersebut berlari meluru menuju ke arah mangsa dengan pantas menendang dari belakang ke arah kaki mangsa.
Berikutan itu,
tercetus pula kejadian ‘pergelutan’ apabila mangsa bertindak membalas kembali serangan
dengan menarik rambut suspek dan memukul bertubi-tubi di kepala suspek hingga
terjatuh.
Dalam
insiden itu, kelihatan seorang wanita dipercayai isteri suspek serta dua orang
lagi lelaki cuba meleraikan pergaduhan tersebut, namun keadaan menjadi ‘tegang’
dengan kedua-dua individu saling berbalas pukulan
dan tidak mahu ‘mengalah’.
Suspek kemudiannya
berang atau ‘naik minyak’ dan mengambil topi keledar dengan mengacah untuk
menghentam kepala mangsa akibat ‘kalah’ dalam pusingan pertama pergelutan
tersebut.
Isteri
suspek bertindak menghalang suaminya daripada meneruskan pergaduhan itu tetapi
dia (suspek) kemudiannya melepaskan kemarahannya dengan menendang motosikal
(mangsa) sehingga tumbang.
Pergaduhan itu kemudiannya dileraikan oleh orang ramai dan punca insiden berlaku masih belum diketahui dan kemungkinan timbul salah faham antara kedua-dua belah pihak.
Sebelum
ini, banyak kes penghantar makanan sama ada Food Panda atau Grab
Food dimaki hamun, dimarah dan dipukul oleh pemilik premis perniagaan
dan pelanggan akibat perselisihan faham dan sikap mementingkan diri.
Pada 7
April 2021, tular sebuah video tentang seorang rider penghantar pesanan (Foodpanda) ditampar oleh pemilik kedai makan di Kota
Damansara, Petaling Jaya sehingga berlaku pertengkaran dan kemudiannya dileraikan orang
awam.
Menerusi sumber Foodpanda Malaysia, berkata kejadian berpunca daripada pihak kedai yang gagal menyiapkan makanan dengan kadar waktu yang ditetapkan (pesanan) akibat pesanan masuk terlalu banyak. - Kitareporters
Sumber:
https://www.facebook.com/watch/?v=313489830345634
https://fb.watch/4-nI_x7SNR/