Berita Terkini| SPRM sahkan 2 pegawai terlibat Geng Nicky ditahan! Tiada kompromi - Azam Baki!
Published bySPRM telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan. - Kredit foto: Freemalaysiatoday.
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan penahanan dua pegawainya yang dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, SPRM telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.
“Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media di Putrajaya pada Selasa 27 April 2021.
Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay mengumumkan dua pegawai SPRM ditahan bersama 10 pegawai polis.
Penahanan itu dibuat menerusi Ops Pelican 3.0 Fasa II yang dijalankan di
Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dari 21 April hingga 27 April 2021.
Antara pegawai polis ditahan adalah seorang dari Jabatan Integriti dan
Pematuhan Standard Bukit Aman dan seorang dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit
Aman.
Siasatan dijalankan bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan hingga Seksyen
130ZB Kanun Keseksaan Bab VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan dan Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau SOSMA. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
Azam Baki memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai SPRM sekiranya ada yang terlibat.