Sukarelawan JKDM Pulau Pinang berdoa sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan rumah mangsa-mangsa banjir Kupang, Baling pada 20 Julai 2022.


SERAMAI 40 sukarelawan daripada anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKRM) Negeri Pulau Pinang membantu membersihkan kawasan dan rumah mangsa banjir Kupang di Baling pada 20 Julai 2022.

Walaupun sudah hampir dua minggu banjir melanda lebih 40 kampung di kawasan Kupang, Baling namun masih ada sukarelawan dari luar negeri Kedah yang datang membantu mangsa banjir termasuk memberikan bantuan yang diperlukan.

Sukarelawan JKDM Pulau Pinang diberi taklimat sebelum kerja-kerja membantu mangsa-mangsa banjir Kupang dijalankan.


Ahmad Hilmi Ghazali


Pegawai Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia (KPSM) JKDM Pulau Pinang, Ahmad Hilmi Ghazali, 49, memberitahu KitaReporters, mereka yang menawarkan diri untuk datang kerana simpati dengan nasib mangsa-mangsa banjir Kupang termasuk yang kehilangan nyawa, rumah dan harta benda akibat dihanyut arus banjir yang tiba-tiba berlaku.

Jelasnya, pengalaman pernah membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang sebelum ini memudahkan kerja-kerja membantu mangsa banjir Kupang.

Anggota wanita Kastam Pulau Pinang tekun membersihkan pinggan mangkuk milik mangsa banjir yang dicemari lumpur.


Tegas Ahmad Hilmi lagi, setelah turun padang membantu dan menghulurkan sumbangan kewangan, ramai anggota terlibat mahu datang lagi membantu mangsa banjir Kupang jika diberkan peluang.
Katanya, semua sukarelawan seramai 40 orang itu termasuk enam anggota wanita sanggup berlumpur untuk berbakti pada mangsa banjir.
Menurut beliau lagi, sehari berada di Kupang, lebih 8 buah rumah dapat dibantu dengan membersihkan sampah sarap serta menyuci pinggan mangkuk yang disaluti lumpur banjir.

Suri rumah, Halimah Ali, 41, menerima sumbangan wang daripada wakil JKDM Pulau Pinang yang datang membantu mangsa banjir.


Bahagian KPSM JKDM Pulau Pinang turut menyumbang sejumlah wang kepada lebih 30 keluarga mangsa banjir bagi meringankan beban tanggungan mereka selain menyalurkan bantuan barang keperluan harian.
Sementara itu, beberapa mangsa banjir yang ditemui bersyukur kerana masalah mereka terus mendapat simpati dari pelbagai jabatan kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan NGO yang masih datang membantu. - KitaReporters

Seorang mangsa banjir di Kupang, Baling menerima sumbangan kewangan daripada wakil JKDM Pulau Pinang

9
16
0
7
0

Copy Link: