Pelawak Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berjaya menyekat tindakan seorang pemuda melakukan tranfer wang (permindahan wang) ke akaun kekasihnya, sebaliknya dipindahkan ke akaun keluarganya. 

Kejadian ini berlaku pada majlis Jom Santai Food Festival di Terengganu bersama jenama pakaian tempatan, Choii baru-baru ini.

Achey berjaya memujuk seorang pemuda tidak menyerahkan kesemua wang diterima kepada kekasihnya


Keadaan atas pentas yang menjadi tumpuan hadirin

Achey menjadi pengacara bersama bagi majlis itu. Seorang lagi pengacara ialah Faris Azri iaitu pemilik jenama Choii.

Seorang lelaki menang cabutan bertuah berupa sebuah kereta di majlis itu. Hadiahnya berupa sebuah kereta jenama Nissan GT-R R35 keluaran 2009. Bagaimanapun, pemuda itu memilih untuk menukar hadiah itu dengan wang tunai.

Lalu kereta itu dibuka untuk bidaan. Selepas dibida beberapa kali, kereta keluaran tahun 2009 itu berjaya dibida oleh seorang lelaki dengan harga RM310,000.


Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pemilik jenama Choii, Faris Azri, lelaki yang memenangi bidaan itu perlu membuat pembayaran bidaan atas pentas.

Namun apa yang mengejutkan, pemuda berkenaan meminta agar hasil bidaan kereta itu dimasukkan ke akaun bank kekasihnya yang turut berada pada majlis itu.

Bagaimanapun, pelawak Achey kurang bersetuju dengan tindakan pemuda itu yang mahu memasukkan wang kemenangan itu ke akaun bank teman wanitanya. Achey mengingatkan pemuda itu untuk berhati-hati dan memikirkan tindakannya.

Selepas berkata begitu, orang ramai yang menghadiri majlis itu turut bersorak melarang pemuda itu memasukkan wang tersebut ke akaun teman wanitanya.


Tambah Achey, dia mencadangkan wang itu dimasuk ke dalam akaun keluarga.

Akhirnya, perkara itu berjaya diselesaikan dengan bantuan krew acara yang memberikan ‘powerbank’ kepada pemuda itu agar telefon bimbitnya dapat dihidupkan bagi memberikan akaun ibunya.

Kisah ini tular setelah ia dimuat naik dalam TikTok @hermanalis87.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bengang dengan tindakan pemuda itu kerana terlalu mempercayai teman wanitanya. - KitaReporters


11
13
0
15
0

Copy Link: