Pentas sudah siap sedia dan persembahan budaya, seni dan akrobatik bakal mempesonakan penonton apabila Yong Tai Berhad, dengan kerjasama Kumpulan Kebudayaan Guangxi membawakan The Bountiful Harvest of Baiyue, sebuah persembahan menakjubkan oleh para ahli akrobat yang hebat. 

Persembahan akrobatik sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia-China dan Ulang Tahun ke-10 penubuhan Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP), dijangka akan mempesonakan penonton menerusi gabungan persembahan artistik, elemen tradisional dan keindahan ekologi rakyat yang unik.  

“Visi saya ialah menaikkan status Melaka sebagai sebuah bandar raya antarabangsa. Saya bersama pasukan saya telah berusaha dengan gigih untuk meningkatkan reputasi dan pengiktirafan Encore Melaka Theater pada peringkat antarabangsa. 

"Sebagai hab budaya kebanggaan Melaka dan Malaysia, The Encore Theatre merupakan inisiatif penting untuk seni dan budaya, di samping usaha sama lain yang melibatkan fesyen, kesejahteraan dan AI yang menjadi sebahagian daripada pelan induk ‘City of Hope’ yang bakal saya perkenal. 

"Dengan kerjasama Kumpulan Budaya Guangxi, kami bersama-sama mempromosikan perkembangan seni pentas bagi memperkaya persembahan tradisional dan menyokong seni rakyat bagi menghidupkan kembali warisan budaya kita,” kata Dato’ Leong Sir Ley, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Yong Tai Berhad yang baharu yang mula memegang jawatan pada 10 Mei 2023.  



“Sebagai sebahagian daripada langkah kami untuk memperkaya landskap budaya, kami sedang giat berusaha menarik persembahan antarabangsa dan tempatan yang berkaliber ke pentas kami. 

"Sempena dengan persediaan kami untuk Tahun Melawat Melaka 2024, persembahan "The Bountiful Harvest of Baiyue" menjadi lebih istimewa kerana ia menggalakkan seni, budaya dan pelancongan dengan penuh bergaya. 

"Menerusi kerjasama ini, kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada sambutan memperingati ulang tahun hubungan diplomatik yang bersejarah yang mengukuhkan ikatan antara dua buah negara melalui persembahan seni dan budaya. 

“The Bountiful Harvest of Baiyue” bukan sekadar meraikan keindahan seni dan budaya malah menjadi acara penting sempena Ulang Tahun Ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) Malaysia & China pada tahun ini (2023),” tambah Leong.   

Baiyue Inamori menjadi nadi utama kepada persembahan yang hebat ini yang bertujuan menggambarkan kehidupan dan usaha. 

Berbekalkan inspirasi daripada rutin harian budaya yang berbeza, persembahan ini telah berjaya menggambarkan, membentuk dan meringkaskan peralatan pengeluaran dan kehidupan yang biasa menjadi prop seni yang menakjubkan. 

Pendekatan seni ini mewujudkan ruang kreativiti yang luas dalam akrobatik dengan membawakan elemen tradisional pelbagai bangsa dan menyerlahkan kepelbagaian elemen Tarian Guangxi dan lagu-lagu rakyat ekologi yang asli. 

Dalam persembahan yang hebat ini, para ahli akrobatik Guangxi tampil di atas pentas sambil menunjukkan inovasi dan kepandaian mereka. 

Kehebatan ahli akrobat Guangxi dapat dilihat menerusi kepandaian mereka menggabungkan peralatan ladang yang inovatif dan prop unik yang menjadi inti pati kepada seni kraf tangan. 

The Bountiful Harvest of Baiyue bertujuan untuk menambat hati penonton menerusi persembahan akrobatik yang berani, visual yang menarik dan bunyi latar yang hebat di mana penonton akan terpesona dengan kemahiran dan ketepatan pergerakan ahli akrobatik.   


Leong Sir Ley (kanan) dan  Huang Kehong.


“Kami gembira dan berbesar hati mempersembah "The Bountiful Harvest of Baiyue" buat pertama kali untuk para penonton di Malaysia. Persembahan ini menampilkan seramai 60 orang artis berbakat dari Institut Seni dan Kebudayaan Guangxi. 

"Menerusi visi dan semangat yang dikongsi bersama, kami teruja untuk meneruskan kerjasama dengan Yong Tai Berhad bagi membawakan lebih banyak persembahan yang hebat pada masa akan datang. 

"Kami berharap agar persembahan yang gemilang ini dihayati dan diraikan bersama, seterusnya memberi kesan kepada para penonton melalui nilai warisan dan budaya yang kaya,” kata Huang Kehong, Setiausaha Jawatankuasa Parti dan Pengerusi Kumpulan Industri Budaya Guangxi.  

Persembahan yang dinanti-nantikan ini, The Bountiful Harvest of Baiyue, akan diadakan di Encore Melaka Theatre, pentas teater yang terbesar dan termaju di rantau ini. 

Pentas teater yang canggih ini menawarkan ciri versatil bagi mempersembah warisan akrobatik Guangxi yang hebat menerusi pentas-pentas yang berbilang fungsi dan menandakan persembahan Encore Melaka yang pertama sejak pandemik. 

Perkongsian tempat persembahan dengan Encore Melaka memberi peluang kepada pertukaran budaya antara kedua-dua buah negara. 

Selain persembahan kebudayaan, komitmen Encore Melaka terhadap kesenian dan kebudayaan turut memacu industri pelancongan dan menggalakkan pengunjung dari segenap lapisan masyarakat. 

Gabungan kesenian dan teknologi termaju yang lancar dengan lebih 60 orang artis berbakat menjadikan persembahan bertaraf global ini sebagai satu pengalaman yang sukar dilupakan untuk para penonton, serta menjadikan setiap persembahan sebagai hidangan seni yang mengasyikkan. - KitaReporters/Kenyataan Media


 

10
15
0
13
0

Copy Link: