DALAM tempoh seminggu lagi, sesi persekolahan pasca-COVID-19 di negara ini bakal dibuka. Murid dan guru sibuk membuat persiapan untuk mulakan tugas masing-masing. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dulu, sekolah ditutup terus. Hubungan langsung antara guru dan murid terputus. Ada sesetengah guru yang berasa separuhnya nyawa mereka hilang ketika itu. : KitaReporters

Kredit foto-foto: Haris Fadilah Ahmad


Tiada sambutan Hari Guru dilakukan di sekolah pada tanggal 16 Mei 2020 lalu sebagaimana lazimnya. Ucapan hanya dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp, Facebook, Twitter dan Instagram. 

Tiada sebarang majlis sambutan meriah di sekolah sempena Hari Guru 2020 tahun ini gara-gara penularan wabak pandemik COVID-19 yang 'menyerang' dunia termasuk Malaysia. 

Sekolah tutup. Guru dan murid bercuti. Bagaimana nak buat majlis. PKPkan!!

Walaupun begitu, ada yang masih meraikannya tetapi dengan cara yang tersendiri tanpa mengingkari Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika itu.
Namanya pun guru. Semangat 'keguruan'
itu tetap berkobar-kobar. Rindu nak hadap anak murid. Lebih-lebih mereka yang memiliki jiwa pendidik sepenuhnya. 

Guru ibarat lilin membakar diri untuk menerangi kegelapan. Menerangi hidup insan lain.


Tahun ini, kebanyakan peringkat jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah meraikan sambutan tersebut secara sederhana pada tarikh yang dipilih masing-masing, tetapi tetap meriah apabila insan yang bergelar guru sahaja dapat 'menjiwai' profesion itu antara yang tertua di dunia ini. 

PKP dan SOP jangan dilupakan sama sekali.

Rindu sangat dah nie. Mana boleh lepas peluang nak menyambut hari guru. Seperti menyambut hari ulang tahun kelahiran juga. 

Biar lewat asal bersambut!

Dua guru SK Limau Purut saling bertukar hadiah cadar mewarnai sambutan Hari Guru 2020 


Demikian hal yang mewarnai kehidupan 12 guru Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut, Lipis, Pahang apabila turut mengadakan sambutan Hari Guru di sekolah itu apabila kerajaan memberi kelonggaran menerusi (PKP) Pemulihan mulai 10 Jun 2020. 

Syoknya dapat berjumpa semula!!!

Walaupun tanpa murid sebagai tetamu utama yang kelazimannya memberikan pelbagai hadiah, waima mahupun sekuntum bunga, tetapi sambutan itu amat bermakna dan jelas kelihatan  perasaan terharu dalam kalangan guru berkenaan.

Guru Besar SK Limau Purut, Abd Manaf Mat


Abdul Manaf Mat (kanan) menyampaikan cenderahati kepada seorang guru sempena sambutan Hari Guru di sekolah berkenaan


Guru Besar SK Limau Purut, Abd Manaf Mat berkata, setelah kerajaan memberi kelonggaran dan kebetulan guru kembali bertugas semula memberikan ruang dan peluang bagi jawatankuasa sambutan hari guru peringkat sekolah menyusun tentatif yang bersesuaian.

"Hanya ucapan yang bertemakan 'Berguru demi ilmu, Bina generasi baharu' saya sampaikan untuk memberikan semangat kepada guru di sini khususnya tugas serta tanggungjawab yang ikhlas untuk membina generasi berakhlak dan berimu pada masa akan datang," katanya.
Cenderamata bantal dan cadar pengikat kasih sayang dan ukhuwah mewarnai sambutan Hari Guru di SK Limau Purut, Lipis.
"Sebagai tanda kasih dan menghormati rakan serta 'langkah sederap' menjiwai profesion ini, kita berpeluang bertukar hadiah yang agak unik antara guru dan kakitangan di sini, iaitu bantal, cadar dan beberapa cenderamata lain," tambahnya. 

Ada jugak orang bagi hadiah macam ni ye!!! Asal boleh jadi kenangan tak mengapa.

Menurut Abd Manaf, program yang mengambil masa singkat itu memenuhi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan amalan etika kebersihan berasaskan norma baharu kehidupan.
Bantal dan cadar tu umpama teman tidur juga ye. Rapat dengan kita. 
Hari-hari teringat!!!

Abdul Manaf Mat menyampaikan cenderahati kepada seorang guru sempena sambutan Hari Guru di sekolah berkenaan.

Dua guru SK Limau Purut saling bertukar hadiah cadar mewarnai sambutan Hari Guru 2020 

Guru Matematik, Mohd Faizal Mohd Tamin Al Shaujai
 menzahirkan rasa  gembira kerana sambutan berkenaan  cukup signifikan untuk menghargai profesion guru dan menghargai pengorbanan guru.
"Ketika kita masih dalam tempoh PKPP, sambutan secara sederhana ini juga dapat menghargai peranan guru yang kini antara 'frontliners' yang bertanggungjawab menitip pengajaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan kepada murid setelah hampir empat bulan dibelenggu ancaman wabak COVID-19.
"Saya dan rakan sangat teruja kerana dapat kembali bertugas dan lebih lagi amat merindui dan tidak sabar untuk bersua dengan murid apabila kerajaan mengumumkan kelas mula beroperasi pada 15 Julai dan 22 Julai ini," katanya.

Kredit foto: www.tvsarawak.com


Guru antara kerjaya yang sangat mulia. Mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berilmu. 

Jangan diganggu emosi guru-guru. Mereka juga memiliki hati dan perasaan seperti kita yang bukan guru. Lama tidak bersua dengan anak murid, perasaan rindu tetap ada. 

Syabas dan tahniah untuk semua guru di Malaysia dan dunia. Anda manusia hebat. - KitaReporters

0
0
1
1
0

Copy Link: