Video| Benar bukan cobaan! Panjat perigi kering demi air! Wanita sanggup abaikan keselamatan diri!

Published by
KitaReporters


MANUSIA apabila terpaksa, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa bergadai nyawa sendiri.

Itulah yang berlaku di negeri Madhya Pradesh, India apabila sekumpulan wanita kelihatan sanggup mengabaikan keselamatan diri semata-mata mahu mendapatkan bekalan air.

Semuanya dilakukan bagi memastikan keluarga mereka mendapat bekalan air walaupun air yang diperoleh belum tentu bersih.

Mereka juga terpaksa berjalan jauh dalam cuaca panas terik untuk dapatkan bekalan air berkenaan.



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan krisis air


Video kesungguhan kaum ibu tersebut menjadi tular dengan memaparkan beberapa wanita memanjat perigi demi mendapatkan air di India tular, sekali gus membuktikan krisis teruk di beberapa kawasan di India.

Malah kelihatan juga wanita berkenaan terbabit berani menuruni telaga tanpa bantuan tali untuk mendapatkan air.

Rata-rata rakyat India dalam media sosial menyifatkan video tular itu sebagai menyayat hati dan mendesak pihak berkuasa untuk segera membantu kampung berkenaan. 

Difahamkan, penduduk di kampung Ghusiya itu terpaksa mengambil langkah bahaya sedemikian selepas kebanyakan telaga di kawasan mereka kering.

Bukan hanya di negeri mereka tetapi beberapa kawasan lain di seluruh India turut menghadapi krisis air yang sama.



Video seumpama itu yang memaparkan rakyat India sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan air kerap menjadi tular.

Pada April 2022 lalu, video sama menunjukkan seorang wanita turun ke dalam perigi di negeri Maharashtra semata-mata untuk mendapatkan air. 

Laporan Global 2019 menyenaraikan India antara 17 negara yang berdepan tekanan krisis air.

Malah, negeri Madhya Pradesh, Punjab, Rajasthan, Uttar Pradesh, Gujarat, Uttarakhand dan Haryana adalah antara yang paling teruk dilanda krisis itu.

Di Madhya Pradesh, masalah kekurangan air adalah isu berulang setiap kali musim panas. - KitaReporters


8
17
0
14
0

Copy Link: