Video| Sorry naik lori? Kahwin naik lori! Pasangan pengantin diarak naik lori ke majlis kahwin!
Published bySETIAP orang mengidamkam sebuah majlis perkahwinan dengan tema yang cantik dan lawa kerana majlis perkahwinan hanya sekali seumur hidup.
Maklumlah berkahwin hanya sekali sahaja seumur hidup.
Namun, sebelum sampai ke majlis perkahwinan, pasangan pengantin akan menaiki kereta mewah menuju ke lokasi majlis perkahwinan dan disambut dengan meriah oleh orang ramai.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis perkahwinan
Namun, sepasang suami isteri telah memilih untuk berarak ke majlis perkahwinan di atas lori membawa barang dengan sangat meriah.
Tular video pasangan pengantin ini dilihat sedang berarak dalam TikTok dalam sebuah lori yang dihias dengan sangat cantik sehingga menjadi perhatian ramai netizen.
Perarakan bermula dari kawasan berhampiran yang jaraknya kira-kira 100 meter sahaja dari rumah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sememangnya bersetuju yang tradisi ini unik dan jarang dibuat pasangan pengantin lain.
Mereka juga turut menyokong supaya tradisi ini tetap diteruskan pada masa akan datang.
“Uish, pertama kali tengok orang sanding atas lori!”
Siapa yang pernah bersanding atas lori? Kongsi pengalaman anda dengan kami. - KitaReporters