Video| Malaysia Street di Gaza sempena kemerdekaan Malaysia ke-64! Lagu Negaraku berkumandang!
Published byKredit foto-foto: Twitter Muslim Imran
BAGI menghargai peranan yang dimainkan oleh Malaysia di Palestin, sebuah jalan di barat bandar Gaza diberikan nama sebagai Malaysia Street (Jalan Malaysia).
Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (Palestinian Cultural Organization Malaysia atau PCOM), Muslim Imran telah memuat naikkan gambar papan tanda jalan itu di Bulatan Ansar, Gaza.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Palestin
Kredit foto-foto: Twitter Muslim Imran
"Majlis Perbandaran Gaza menamakan jalan di barat Gaza sebagai Malaysia Street (Jalan Malaysia) sebagai memperingati Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64," dalam tulisan Muslim itu.
Selain papan tanda jalan, turut dinaikkan adalah fakta berkenaan hari kemerdekaan Malaysia dan peranan negara dalam membantu membawa suara Gaza ke pentas antarabangsa.
Kredit foto-foto: Twitter Muslim Imran
"Malaysia mempunyai peranan penting dalam menyokong perjuangan Palestin. Mereka sering menuntut penamatan pendudukan Israel dan memulangkan hak kepada rakyat Palestin," itu antara ayat yang tertulis pada papan tanda itu.
Dalam pada itu, Muslim Imran turut memuatnaikkan video yang menunjukkan lagu Negaraku berkumandang di Gaza. - KitaReporters