Sempena sambutan Hari Orang Utan Antarabangsa pada 19 Ogos, syarikat yang bertanggungjwab mengangkat lagu-lagu popular dan animasi prasekolah, Digital Durian dengan kolaborasi Dana Alam Semula Jadi Sedunia (WWF) Malaysia melancarkan lagu baharu, ‘What Would You Do’ bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar.

Lagu berkenaan turut dihasilkan dalam Bahasa Melayu berjudul “Buatlah Sesuatu’ dengan objektif utama untuk menyeru peminat-peminat “Didi & Friends’ khususnya membantu memelihara orang utan dan alam persekitarannya daripada kemusahan dan pemecahan.

“Kami akan menggunakan watak animasi kami, Pak Atan sebagai duta untuk mendidik peminat-peminat cilik kami mengenai kempen ini,” ujar Ketua Pegawai Operasi Digital Durian, Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian atau ringkasnys disapa Hairul.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hutan



Menjelas lanjut, Hairulfaizalizwan berpendapat kanak-kanak perlu diberikan pendidikan awal untuk sama-sama bergandingan memelihara haiwan-haiwan yang hampir pupus dan mendidik mereka agar tidak boleh memusnahkan habitat sedia.

Betullah tu kan bak kata peribahasa, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.

Untuk rekod, sebelum ini, pada tahun 2020, 'Didi & Friends' buat julung kalinya melancarkan sebuah lagu berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar yang berjudul, “Even I Know That”, bersama dengan “Takkan Tak Tahu”.

Kedua-dua lagu tersebut telah menyaksikan penerimaan menggalakkan dan ditonton ramai rakyat Malaysia khususnya dengan merekodkan jumlah tontonan sebanyak 14 juta dalam saluran YouTube Didi & Friends.



Sehubungan itu, mengulangi formula kejayaan dan misi yang sama, Hairul menjelaskan, untuk kali ini, besar harapannya agar lagu ‘What Would You Do’ dapat mendidik dan mendorong kanak-kanak untuk turut sama menyedari akan hakikat ‘rumah’ kita ini turut merupakan ‘rumah’ kepada hidupan liar indah yang lain, seperti orang utan mahu pun haiwan yang berasal daripada hutan hujan tropika di Malaysia dan Indonesia. 

Menurut Hairul, melalui muzik video lagu berkenaan, akan dipaparkan kisah orang utan cuba menyelamatkan diri masing-masing dari hutan yang didiami mereka, dengan latar dramatik memperlihatkan jentolak dan kenderaan pengorek menghancurkan ‘rumah’ sedia ada mereka, sekali gus memusnahkan pokok-pokok di sekelilingnya.

Dalam pada itu, Pengarah Kreatif Didi & Friends, Khairul Ammar memaklumkan pihaknya menggunakan latar lagu yang ‘catchy’ disertakan dengan lirik yang ringkas dan animasi yang penuh dengan wsrna-warni supaya senang dihayati, diingati malah menepati citarasa kanak-kanak menontonnya.



“Kami menggunakan karakter seekor anak orang utan, agar ia mampu memudahkan penonton kanak-kanak memahami dengan lebih jelas isu yang dihadapi orang utan, dari kaca mata haiwan ini sendiri,” tambah Khairul sambil berharap lagu tersebut mampu menyeru kanak-kanak untuk berfikir dan bertindak sama membantu memelihara haiwan liar di hutan.

Menerusi kolaborasi bersama WWF-Malaysia ini, Khairul turut berharap agar ia dapat menyasarkan lebih banyak pihak untuk bertanggungjawab memulihara alam dan hidupan liar agar bumi terus kekal lebih hijau, segar, dan mampu menyelamatkan lebih banyak haiwan bagi tatapan generasi akan datang.



Sementara itu, Pengarah Eksektif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia, Sophia Lim mengumumkan pihaknya akan menganjurkan pertandingan #PokokPakAtan sebagai salah satu langkah membantu pemuliharaan dan menyelamatkan rumah orang utan dan persekitarannya.

Peminat cilik dijemput untuk untuk menanam sebatang pokok untuk diri masing-masing atau untuk Pak Atan dan tag penganjur ketika dalam durasi pertandingan. 

Anda kemudiannya berpeluang untuk memenangi hadiah barangan cenderahati menarik dari 'Didi & Friends' dan WWF-Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan #PokokPakAtan, nantikan pengumuman seterusnya dalam laman-laman rasmi media sosial 'Didi & Friends' malah untuk mengetahui lebih lanjut cara-cara ands boleh membantu dengan pemeliharaan orang utan dan initiatif penghutanan semula boleh layari laman web wwf.org,my/orangutan. 

Lagu “Buatlah Sesuatu” telah dilancarkan secara rasminya pada 16 Ogos 2021 lalu dalam saluran Astro Ceria (CH611), manakala pelancaran dalam platform YouTube untuk kedua-dua versi diadakan pada 19 Ogos 2021, dalam saluran YouTube Didi & Friends. 



Untuk maklumat, walaupun orang utan diancam oleh kemusnahan dan habitat, WWF-Malaysia tetap teruja dengan kerjasama dan sokongan rakan-rakan strategik dan mereka yang berkaitan di mana jumlah keseluruhan orang utan di Malaysia kini adalah stabil. 

Kejayaan ini dicetuskan oleh usaha pemuliharaan yang dilaksanakan oleh banyak pihak, penjagaan hutan oleh pihak badan pengurusan berkaitan dan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan untuk memupuk kesedaran ramai akan kepentingan memelihara hidupan liar. 

“Demi memastikan jumlah orang-utan yang diselamatkan ini kekal berada pada paras stabil, kita perlu pastikan usaha murni ini diteruskan dari masa ke masa,” akhiri Sophia. - KitaReporters


0
1
0
0
0

Copy Link: