Video| Zizie Izette hidup harmoni dengan madu! Netizen cemburu! Tanyalah tip dengan Bung Mokhtar!
Published byHidup bermadu boleh dijalankan dengan harmoni jika saling faham memahami dan bertolak ansur.
Zizie memperlihatkan keakraban dengan madunya Datin Seri Nor Asidah Alimuddin yang sama-sama bertubuh agak gempal dalam laman Instagramnya yang mempunyai sejuta pengikut.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kehidupan bermadu
Menerusi kapsyen yang ditulis, Zizie menyatakan suaminya, Bung Moktar tidak meminati wanita-wanita kurus.
Perkongsian tersebut telah mencuri tumpuan warga maya. Melihat dalam ruangan komen, rata-rata pengikut memuji melihat keakraban Zizie bersama madunya.
Terdapat segelintir netizen yang meminta pelakon drama ini berkongsi petua menjaga rumah tangga.
“Bagusnya dah macam adik beradik."
"Boleh tak bila-bila kongsi apa tips datin amalkan untuk jaga hubungan rumah tangga. Saja la nak tau..."
"Terbaik jaga hati."
"Bestnya keluarga ini. Moga terus dikurniakan kebahagiaan," antara komen-komen netizen.
Hasil perkahwinan Zizie dengan Bung Moktar, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette.
Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette. - KitaReporters