Video| Shuib penuhi permintaan arwah Siti Sarah! Siapkan surau, dewan serbaguna rumah anak yatim!
Published by
KitaReporters
--title--
Shuib, anak-anak dan bapa mentua Raissuddin Hamzah mengaminkan doa. - Kredit foto: IG @shuibsepahtu.
Selebriti dan usahawan Shuib Sepahtu, 37, menyiapkan pembinaan surau (musolla) dan dewan serbaguna rumah anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff, Pelabuhan Klang, Selangor sebagai memenuhi permintaan arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Ketika itu Shuib dan Siti Sarah dibawa melawat sekeliling kawasan dan bertemu dengan anak-anak yatim di situ.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anak yatim
Menurut Shuib arwah isterinya menekan, mereka yang mempunyai lebihan kewangan perlu banyak melakukan kerja kebajikan seperti menyiapkan kemudahan di rumah anak-anak yatim itu.
Shuib menurunkan tandatangan di
Sarah Muslim Al-Attas.
Mengingat kata-kata arwah isterinya, Shuib memutuskan untuk menyiapkan surau dan dewan serbaguna Baitul Sakinah As-Shariff itu. Dan pada Sabtu, 12 Mac 2022, Shuib datang sekali lagi ke Baitul Sakinah As-Shariff.
Cuma kali ini Shuib datang bersama keempat-empat anaknya, serta bapa mentua, Raissuddin Hamzah dan ibu mentuanya.
Namun sebagai mengenang selebriti itu, surau dan dewan serbaneka itu nama Sarah turut diabadi bersama dua individu lain menjadi musolla dan dewan serbaneka Sarah Muslim Al-Attas.
Shuib diberi penghormatan merasmikan surau dan dewan serbaneka itu yang bersyukur dapat menunaikan permintaan arwah isterinya.
/
Shuib dan Siti Sarah berkahwin hampir 10 tahun dan dianggap pasangan selebriti bahagia dan dikurnia empat cahaya mata. Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 ketika berusia 36 tahun akibat penyakit Covid-19. - KitaReporters
15
8
0
11
0