TERDESAK! Mungkin itu alasan diberikan oleh seorang bapa muda di Chiang Mai, Thailand apabila tergamak 'mengebumikan' mayat anaknya sendiri di dalam peti sejuk beku di sebuah rumah.

Lebih mengejutkan bayi berkenaan 'disimpan' melebihi daripada setahun di dalam sebuah peti sejuk beku berkenaan.


Lagi kisah-kisah tragik berkaitan kematian



Kisah tragis itu bagaimanapun terbongkar selepas sekumpulan pekerja yang ingin membuat pengubahsuaian pada rumah berkenaan di Kampung Wa Ket, wilayah Muang, utara Thailand itu menemukan sekujur tubuh kecil yang dibalut dengan tuala kuning diletak di dalam peti sejuk beku.

Turut ditemukan di dalam peti sejuk berkenaan ialah mainan kanak-kanak.

Namun alangkah terkejut apabila mendapati peti sejuk beku berkenaan dijadikan tempat meletak mayat bayi yang dibalut dengan sehelai tuala kuning. 

Keadaan tersebut menjadi kecoh sebelum pekerja berkenaan memaklumkan penemuan tersebut kepada pemilik rumah berkenaan.



Bagaimanapun pemilik rumah tersebut terus menghubungi pasukan polis mengenai penemuan bayi malang berkenaan.

Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai berkata, hasil soal siasat mendapat mayat bayi berkenaan adalah milik pasangan kekasih yang pernah tinggal di kediaman berkenaan sebelum ini. Namun disebabkan ada masalah, lelaki berkenaan memulangkan semula rumah sewa tersebut kepada pemiliknya. 

Mungkin terlupa anaknya masih di dalam peti menyebabkan si bapa durjana tersebut meninggalkan bayi malang tersebut selepas ibunya, yang juga kekasihnya dimasukkan ke penjara.



Thawaatchai berkata, lelaki berkenaan terdesak dan tidak mampu untuk mengebumikan bayi mereka selepas ibunya yang berusia 24 tahun ditahan polis kerana dituduh mencuri.

Situasi mendesak berkenaan menyebabkan dia tiada pilihan lain sebelum bertindak meletakkan bayi tersebut ke dalam peti sejuk beku. Sangat menyedihkan bayi tersebut di dalam peti sejuk beku itu melebihi tempoh setahun.

Kini mayat bayi malang tersebut dibawa ke hospital untuk urusan pengebumian manakala bapa bayi berkenaan pula ditahan oleh polis kerana kesalahan menyembunyikan kematian.

Inilah akibatnya apabila fikiran buntu.. sanggup melakukan apa sahaja!

Semoga kejadian zalim tersebut tidak lagi berulang dan dijadikan pedoman kepada kita semua! - KitaReporters


10
15
0
10
0

Copy Link: