Replay video muzik lama! Peminat tegur aurat Siti Nurhaliza!
Published bySEMPENA ulang tahun ke-25 Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri muzik tanah air, penyanyi nombor satu negara ini telah menghadiahkan satu video muzik (MV) lama kepada peminat dalam saluran YouTube miliknya. Namun perkongsian tersebut mencetus kehangatan dalam alam maya netizen. : KitaReporters
Antara babak dalam video muzik Bisakah.
Lagi cerita-cerita berkaitan Siti Nurhaliza:
https://kitareporters.com/search?search=siti+nurhaliza
Menurut Siti, video muzik untuk lagu berjudul Bisakah itu adalah terbitan syarikatnya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions (SNP) yang belum pernah disiarkan dalam saluran YouTubenya itu.
“Selamat menonton #Replay 25 Years Of Siti Nurhaliza. MV lagu ini belum pernah diupload di sini (yang diterbitkan syarikat saya, SNP). Nanti kami upload lagi video lama-lama #replay di sini. Terim kasih banyak-banyak,” tulisnya dengan disertakan sekali dengan tanda pagar #JubliSiti25.
Dalam video muzik tersebut, antara pelakon yang terlibat ialah Siti sendiri dan Nadiya Nisaa. Video muzik yang diterbitkan pada tahun 2006 itu memperlihatkan Siti yang ketika itu masih belum bertudung. Manakala Nadiya pula ketika itu masih dikategorikan sebagai pelakon baharu yang meningkat naik.
Pelakon Nadiya Nisaa turut berlakon dalam video muzik ini.
Namun perkongsian video muzik itu membuatkan beberapa orang peminatnya kurang selesa kerana terlihat aurat penyanyi kesayangan mereka, sekali gus mencetus kontroversi.
Justeru ada yang menegur admin saluran YouTube Siti
Nurhaliza agar tidak menyiarkan gambar atau video penyanyi kesayangan mereka
itu dalam keadaan aurat terdedah.
“Admin, Tokti kan sudah pakai tudung. Harap tiadalah siar gambar Tokti yang tak pakai tudung. Kalau orang lain nak siarkan, lain cerita. Tapi kalau boleh bukanlah admin saluran Tokti sendiri,” tulis individu tersebut.
Jubli adalah perayaan untuk memperingati ulang tahun
sesuatu peristiwa seperti hari perkahwinan, hari pertabalan). Jubli perak
(emas, intan) perayaan kerana memperingati ulang tahun yang ke-25 (50, 60).
Sehingga kini, saluran YouTube Siti Nurhaliza mempunyai sebanyak 845,000 pelanggan.
Ada peminat terkejut kerana admin YouTube Siti Nurhaliza menyiarkan video muzik yang mendedahkan aurat penyanyi kesayangan mereka.
Mungkin apa yang dipersoalkan oleh segelintir peminat menunjukkan mereka prihatin dan sayang kepada Siti Nurhaliza. Harap pihak admin saluran YouTube tersebut dapat mempertimbangkan permintaan peminat-peminat Siti itu. - KitaReporters