Adakah anda salah seorang daripada mereka yang tergolong dalam cinta yang bertepuk sebelah tangan? Mesej inilah yang menjadi inti pati kepada keseluruhan lagu terbaharu pemenang tempat keempat ‘Big Stage 2019’, Irfan Haris Othman berjudul ‘Patung’. Apa maksud yang ingin disampaikan oleh adik kepada penyanyi Amira Othman ini? : KitaReporters


Pix kredit IG @irfannharis


Lagi cerita-cerita berkaitan single terbaru:

https://kitareporters.com/search?search=single+terbaru


“Lagu ini mengisarkan tentang perhubungan cinta seorang lelaki yang merasakan dirinya dilayan seperti patung oleh teman wanitanya,” jawab Budak Baru Nak Up (BBNU) ini yang lebih mesra disapa Irfan Haris sahaja.

Menurutnya, ibarat sebuah patung yang tidak mampu bergerak dan tidak mempunyai perasaan, lelaki tersebut merasakan dirinya diperlakukan sebegitu teruk kerana dipergunakan sesuka hati sesuai kehendak teman wanitanya.

Wah! Adakah Irfan pernah melalui pengalaman seumpama agaknya walau pun lagu itu hasil idea saudaranya, Ubaidullah tetapi dicipta abangnya. Haiqal Iskandar.

“Liriknya pula saya dan Ubaidullah yang bersama hasilkannya,” tambah Irfan sambil mendedahkan cerita sebenar bahawa lagu tersebut sepatutnya dicipta untuk kakaknya, Amira Othman tetapi disebabkan sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan, rezeki berpihak kepadanya.



Penuntut jurusan diploma dalam bidang Pendidikan Seni di KDU University College ini memilih untuk kembali kepada genre balada sejurus keluar dari Big Stage.

Tambahnya, ramai yang mahukannya kembali menyanyikan semula genre balada yang menaikkan namanya seperti lagu ‘Redha’ mahu pun ‘Pesan’ yang merupakan lagu OST dua drama popular, ‘Suri Hati Mr. Pilot’ serta ‘Ku Kirim Cinta’.

“Terus-terang saya katakan, lagu ‘Patung’ merupakan antara lagu paling sedih yang pernah saya nyanyikan, liriknya yang meruntun jiwa dengan melodi yang sedih pasti membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya merasa syahdu,” yakin Irfan.

Merupakan salah seorang daripada 12 artis yang bergabung menyanyikan lagu OST Malaysia vs COVID-19, ‘Sehati Malaysia’ di samping antaranya Hael Husaini, Erni Zakri Syamel dan kakaknya, Amira Othman, sudah tentu kehadiran Irfan di samping nama-nama penyanyi terkenal itu satu pencapaian terbesar baginya.

Pun begitu, bagi Irfan, peluang bekerjasama dengan keluarga sendiri merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Saya sangat bersyukur kerana dapat berkolaborasi dengan abang sendiri iaitu Haiqal Iskandar selaku komposer dan saudara rapat, Ubaidillah kerana bakat yang mereka ada serta daya kreatif yang dimiliki sungguh menakjubkan, selain itu saya juga dapat menonjolkan bakat saya sebagai penulis bersama dalam pembikinan lagu ini,” ujar artis terbaharu Rocketfuel Entertainment ini.




Bercerita lanjut, katanya, ‘Patung’ telah dirakamkan sejurus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila arahan rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan dan mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan kerana ia memerlukan ‘feel’ yang cukup bagi menghidupkan rasa sedih yang diperlukan. 

“Saya juga sangat teruja dengan konsep video muzik ini apabila dikehendaki berlakon menjadi patung di sebuah muzium dengan jalan cerita yang sungguh menarik. jika semua nak tahu kesudahannya kenalah tonton dalam YouTube,” ujar Irfan mengajak peminatnya menghayati kisah di sebalik single terbaharunya itu.



Lagu ‘ Patung ’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Jom tonton bagaimana lakonan Irfan Haris sebagai ‘patung’ melalui muzik video di bawah ini. - KitaReporters



1
0
0
0
0

Copy Link: