Sukan Asia 2022: Regu berpasukan takraw Malaysia sah ke separuh akhir! Bergelut menentang Indonesia!
Published byRegu berpasukan sepak takraw Malaysia memulakan kempen Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan agak mendebarkan meskipun berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Indonesia dalam saingan peringkat kumpulan B pada 25 September 2023.
Malaysia mempertaruh regu pertama yang dibarisi Syahir Rosdi, Mohd Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Amirul Zazwan Amir untuk mendapatkan mata pertama namun sebalik apabila mereka tewas straight set 15-21,19-21 kepada Indonesia.
Untuk bertarungan regu kedua, Malaysia wajib menang untuk mendapatkan kembali mata dan Zarif Merican, Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Aidil Aiman Azwawi berjaya menyamakan mata 1-1.
Namun itu bukan kemenangan mudah apabila mereka perlu bersaing sehingga tiga set 20-22, 21-17,23-21 sebelum kemenangan memihak kepada Malaysia.
Peluang untuk kedua-dua pasukan memenangi perlawanan masih lagi terbuka namun ternyata regu ketiga Malaysia lebih baik daripada lawan untuk menang straight set 21-10, 21-12.
Regu ketiga negara, Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Farhan Adam tidak bermasalah besar untuk mencatat kemenangan mudah buat negara.
Kemenangan ini sekali gus menghantar Malaysia ke separuh akhir selepas Indonesia tewas dua perlawanan awal peringkat kumpulan.
Namun satu lagi tugas harus diselesaikan iaitu menang ke atas Korea Selatan pada 26 September 2023 ini jika ingin mengelak bertemu jaguh sepak takraw, Thailand pada pusingan seterusnya. - KItaReporters