Dalam keluarga Nawab Khan di Pulau Pinang ketiga-tiga anak berjaya menjadi pemuzik tanah air dan pernah menjadi anggota Orkestra RTM. 

Namun yang lebih menonjol ialah Tan Sri Dr Ahmad Nawab, 92, berbanding adik-adiknya, Akbar Nawab, 86, dan si bongsu Omar Nawab. Omar meninggal pada 2009 ketika berusia 65 tahun akibat diabetes.

Dan pada Jumaat, 30 Ogos 2024 lalu, Akbar pula dijemput Ilahi dalam kereta dipercayai akibat serangan jantung tidak jauh dari rumahnya.


AKBAR NAWAB

Akbar Nawab dikenali sebagai pencipta melodi, lirik dan pengubah muzik bagi lagu patriotik ‘Wawasan 2020’. 

Kebetulan Akbar menemui ajal pada petang Jumaat, 30 0gos 2024 dalam kereta tidak jauh daripada rumahnya dan selamat disemadikan pada jam 10.30 pagi 31 Ogos 2024 di Tanah Perkuburan Islam, Taman Seri Gombak ketika upacara sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 sedang berlangsung di Dataran Putrajaya.

Daripada ketiga beradik Nawab Khan, Akbar merupakan yang paling pendiam dan Omar yang lebih ramah.

OMAR NAWAB

Pada awal 1970-an, Akbar menjadi pemimpin Kombo RTM Kawasan Utara di Pulau Pinang. 

Setelah beberapa tahun, Akbar berhenti dan bekerja dengan syarikat rakaman EMI sebagai penerbit dan komposer residen dan kemudian berhijrah ke Nawab Productions milik abangnya, Ahmad Nawab.

Ketika bersama EMI, selain Datuk Sharifah Aini, beberapa penyanyi lain juga pernah mendapatkan lagu daripada Akbar, antaranya Datuk Hail Amir,  Uji Eashid, DJ Dave, Latif Ibrahim dan Najib Hanip.

Akbar bergambar dengan Hail Amir

Akbar juga menghasilkan beberapa lagu popular nyanyian Datuk Jamal Abdillah seperti ‘Bingkisan Untukmu’, ‘Remaja Hanya Sekali’ dan ‘Mekar Sekuntum Mengharum Tidak’.

Pendek kata Akbar Nawab merupakan komposer berbakat namun ia tetap dibayangi abang sulungnya. Ramai yang tetap menganggap lagu-lagu popularnya adalah ciptaan Ahmad Nawab.

Pada 2012 syarikat rakaman WEA mengeluarkan dua CD, Lagu-Lagu Popular Ciptaan Akbar Nawab.

/


Pada 1992, Akbar kembali berkhidmat di RTM dengan Orkestra RTM ketika itu di bawah Pengarah Muzik, Datuk Ahmad Dassilah. 

Selain menjadi pemain muzik, Akbar diberi tugas sebagai konduktor dan penulis skor muzik. Akbar sekali lagi meninggalkan RTM beberapa tahun lalu atas faktor usia.


Ahmad Nawab (duduk atas kerusi) hadir dalam pengkebumian adik keduanya Akbar Nawab. Foto: Berita RTM

Ahmad Nawab yang hadir pada majlis pengkebumian itu ketika ditemui media menyatakan dia pilu dengan kepergian adiknya itu, namun dia tetap meneruskan legasi muzik Nawab Khan, walaupun kini dia tinggal berseorangan, selagi sihat dan ada hayat. - KitaReporters



12
13
0
13
0

Copy Link: