Majlis perkahwinan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu, 50, dan penerbit esekutif TV3, Sufian Isa, 51, dijangka berlangsung meriah pada 16 September 2022 ini apabila menerima pelbagai bentuk tajaan berbentuk barangan kemas, tajaan lokasi dan busana perkahwinan mencecah RM7 juta

Majlis resepsi bertemakan dongeng dan fantasi bakal dicatat dalam rekod Malaysia Book Of Records (MBOR).

Memilih Hari Malaysia ini sebagai detik bersejarah, acara akad nikah dan majlis resepsi bakal berlangsung di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Mas Idayu


Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, perkahwinan kali ini lebih memberi bahagia berbanding pertama dan merasai sesuatu yang tidak pernah dirasai sejak 15 tahun lalu.

Dia membayangkan perkahwinan kedua ini sebagai perkahwinan pertamanya kerana perkahwinan pertama dahulu tidak diadakan majlis meriah.

Menyentuh memilih tarikh Hari Malaysia, 16 September sebagai hari perkahwinan, ia dipilih oleh Sufian yang pada mulanya hendak berkahwin dalam bulan Mei 2022 lalu.  

Katanya, tarikh itu tiada simbolik tertentu. Akad akan berlangsung, jam 9 pagi dan diikuti majlis resepsi pada sebelah malam. 



Mas Idayu mendedahkan mengenai perkahwinannya pada satu sidang media praperkahwinan di sebuah premis acara di Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad, 21 Julai 2022.

Mas Idayu berharap majlis perkahwinannya akan berjalan lancar. Dia juga berharap perkahwinan keduanya akan bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.

Perkahwinan pertama Mas Idayu pada 1997 hingga 2006 dengan pelakon Aman Graseka dan dikurniakan cahaya mata bernama Nur Dayini Ashiqah, yang kini berusia 25 tahun.



Sementara itu pertemuan hingga ke jenjang pelamin dengan penerbit eksekutif, Jabatan Hiburan TV3, Mohd Sufian Che Isa selepas terlibat sebagai juri tetap program ‘Lagu Cinta  Kita’ pada hujung 2021.

Mas Idayu dirisik pada Mei 2022 lalu dan tiada majlis pertunangan diadakan. - KitaReporters


13
11
0
11
0

Copy Link: