Video| Keadaan Hairul Azreen kian baik! Urat lutut kiri putus masa rakaman The OG! Terpaksa berehat!
Published byPELAKON yang mencipta nama dengan filem Paskal, Hairul Azreen terpaksa melupakan seketika dunia lakonan apabila beliau disahkan mengalami kecederaan serius iaitu ligamen krusiat anterior (ACL) pada bahagian lutut kirinya.
Perkara ini terjadi ketika dirinya sedang dalam penggambaran filem The Original Gangster (The OG) arahan Syamsul Yusof.
Namun video terbaharu yang dimuat naik menunjukan Hairul sudah dapat berjalan dengan baik ketika melakukan pada hari pertama melakukan fisioterapi.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Hairul Azreen
Terdahulu, pelakon berusia 35 tahun ini juga memohon maaf kepada pasukan OG dan kawan-kawan atas kecederaan yang dirinya alami.
Kecederaan ini sememangnya paling menakutkan kebanyakan pelakon terutama mereka yang melakon watak aksi kerana ia mengambil masa lama untuk kembali pulih dan berlakon.
Semua orang tahu, Hairul memang berkebolehan dalam melakonkan watak aksi selepas berjaya membawa watak tersebut di bawah arahan Adrian Teh dan disebabkan itu, Syamsul memerlukan pelakon seperti ini bagi menjayakan filem ini.
Filem yang menceritakan dunia gengster sambungan daripada KL Gangster, sudah pasti kita perlu mereka yang benar-benar boleh beraksi tahap optimum apatah lagi pengarahnya sangat menjaga kualiti serta mementingkan hasil kerja.
Ini bukanlah kecederaan pertama kali buat dirinya kerana sebelum ini pun beliau pernah alami situasi seperti ini.
Apa yang terjadi ini sudah pasti akan memberi sedikit sebanyak gangguan perjalanan watak tersebut namun dengan kepintaran pengarah muda ini, pasti ia mampu mengolah kembali perjalanan watak Hairul ini.
Filem OG antara yang dinantikan ramai peminat terutama mereka yang mengikuti perkembangan KL Gangster. Membariskan barisan pelakon yang hebat dalam aksi, sudah pasti ia akan membuat ia menjadi lebih menarik untuk ditonton bila ditayangkan kelak. - KitaReporters