Apa persamaan antara KL Tower, Fries McD dan Sheila Majid? Ketiga-tiganya ikon Malaysia! Legenda!
Published byDari kiri: Sheila Majid, Azmir Jaafar dan Melati Abdul Hai memperlihat produk ikonik McD, kentang goreng. - Foto: FAS.
Ratu Jazz, Dato Sheila Majid melahirkan rasa terharunya digelar sebagai ikon oleh rangkaian perkhidmatan makanan global, McDonald's Malaysia yang tarafnya sama tinggi dengan darjat Menara KL yang merupakan ikonik negara pada mata dunia waima ia menara tunggal ketujuh tertinggi di dunia.
“Saya rasa terharu di atas penghormatan yang diberikan oleh McDonalds, meletakkan diri saya sama seperti Menara KL dan makanan kentang goreng McD yang juga ikonik,” ujar Sheila Majid pada majlis ‘Icon Meet Icon’ sempena sambutan meraikan Hari French Fry (Kentang Goreng) Antarabangsa sekali gus menyaksikan McDonald's Malaysia mencipta sejarah menerangi langit malam Kuala Lumpur dengan paparan ‘Kentang Goreng Tertinggi di Malaysia’ pada menara setinggi 421 meter itu.
Turut hadir Pengarah Urusan & Rakan Kongsi Tempatan McDonalds Malaysia, Dato Azmir Jaafar; Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai yang kemudiannya menerima sijil pencapaian dari Malaysia Book of Records untuk ‘The Tallest French Fry in Malaysia’ daripada Jwan Heah Yeow Hooi, Ketua Pegawai Pemasaran, Malaysian Book of Records serta Pengarah Urusan Menara KL, Datuk Abdul Hamid Shaikh (gambar atas, kanan).
“Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records secara langsung mengukuhkan lagi komitmen kami dalam mencari cara baharu dan kreatif untuk mendekati rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.
"Ia juga menonjolkan dedikasi McDonald’s, bukan sahaja dalam menyediakan makanan yang lazat, tetapi juga kenangan terindah atau ‘feel-good moments’ untuk pelanggan kami. Ini tidak akan mampu tercapai tanpa sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia,” ujar Melati atas pencapaian tersebut.
Katanya, acara ini merupakan penghargaan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira usia, dengan kecintaan mereka terhadap McDonald’s French Fries yang cukup digemari. Sambutan yang luar biasa ini secara langsung mengetengahkan bagaimana McDonald’s French Fries mampu mengumpulkan ramai orang, mengajak mereka berbual bersama dan menjadi antara hidangan yang sangat dicintai dan popular di restoran McDonald’s.
Menyentuh mengenai makanan segera McDonalds,, Sheila Majid atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid, 58, turut berkongsi cerita, sejak anak-anaknya kecil lagi mereka memang suka membeli makanan di McD..
Kehadiran Sheila yang memeriahkan majlis dengan tujuh buah lagu antaranya ‘Sinaran’, “Lagenda’, ‘Antara Anyer Dan Jakarta cukup menghiburkan walaupun ketika menyampaikan lagu kelima untuk peminatnya, ‘Aku Cinta Padamu’ Sheila membuat sedikit kesilapan dan terus berhenti seraya berkata, ‘saya dah silap kan?' sambil memohon maaf dan mengulangi nyanyiannya dari mula.
“Itulah akibat faktor usia," akuinya sambil memaklumkan wala pun sudah menghampiri 40 tahun berkecimpung dalam industri muzik tidak mungkin beliau tidak melakukan kesilapan seterusnya mendapat tepukan dan sorakan khalayak yang hadir.
Ternyata. walau pun sudah boleh digelar legenda, Sheila mengaku kesilapannya dan tidak memberikan apa apa alasan untuk menegakkan benang basah, kata orang.
Itulah sifat rendah diri seorang penyanyi legenda yang mempunyai kelas dan tarikannya yang tersendiri malah tidak salahkan sesiapa atau memberi sebarang alasan jika berlaku kesilapan. Malah penonton pun akur dan terus bernyanyi bersama Sheila Majid hingga ke akhir acara.
Syabas Sheila!
Sikapnya persis lirik lagu popularnya "kaulah satu-satunya di antara berjuta insan teristimewa.. kau lagenda" dan sesungguhnya Sheila Majid adalah antara ‘Lagenda’ itu walau pun lagu tersebut ditujukan khas buat insan-insan yang teristimewa seperti antaranya Seniman Agung P. Ramlee, mahu un Puan Sri Saloma dan ramai lagi yang boleh tergolong dalam kategori legenda dalam bidang masing-masing. - KitaReporters
Pemandangan Menara KL yang ikonik menjadi kanvas ditransformasi menjadi 'Kentang Goreng McDonald's yang luar biasa besar dan tingginya.