Rakyat Malaysia paling banyak bazir makanan! Kutip 17k tan sisa makanan sehari! Terbanyak di dunia!
Published byGambar hiasan... Makanan atau masakan yang menarik pastinya rakyat Malaysia (food hunter) akan mencari demi menikmati keenakan dan kelazatan juadah yang mereka minati. - Kredit foto: Team Travel.
KEBANYAKAN rakyat Malaysia gemar menikmati sesuatu makanan ataupun masakan yang sedap dan enak. Apatah lagi kalau makanan atau menu masakan itu semakin popular atau menjadi ‘viral’ sama ada di gerai, warung, kedai makan atau restoran.
Sebilangan mereka sanggup ‘travel’ atau datang walaupun jauh ratusan kilometer (km) sehingga ada yang ke luar negara kerana hendak menikmati sesuatu juadah makanan itu.
Tidak hairanlah kalau ada yang menyatakan Malaysia turut disenaraikan sebagai negara di tangga teratas yang mempunyai makanan paling sedap di dunia.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masakan dan makanan
Gambar hiasan... Majlis keramaian berserta jamuan makan akan menarik perhatian orang ramai untuk hadir lebih-lebih lagi terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap dan menyelerakan. - Kredit foto: The Vocket.
Tapi tahukah anda bahawa rakyat negara ini menghasilkan 38,000 tan sisa pepejal sehari? Sebanyak 44.5 peratus atau 17,000 tan (sehari) adalah sisa makanan.
Demikian menurut kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, ketika melancarkan Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran #JomTapau di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 25 April 2022 di Putrajaya.
Orang ramai
sering menunjukkan tabiat atau sikap yang tamak ketika menjamu selera
sehingga terpaksa membuang makanan akibat sudah kenyang (contoh: selepas
ditambah nasi atau lauk pauk atau dihidang menu tambahan) atau juga tidak sedap
dan kemungkinan tidak menepati selera mereka.
Ini termasuk individu-individu, ahli-ahli keluarga, juga pelanggan-pelanggan atau pengguna-pengguna yang sering berkunjung di kedai-kedai makan, restoran dan lain-lain.
Gambar hiasan... Sebahagian besar sisa-sisa makanan seperti tulang, kulit buah-buahan dan sayur-sayuran dibuang setiap hari.
Sejumlah 76 peratus sisa
makanan yang sememangnya tidak dapat dielakkan terpaksa buang seperti sisa-sisa tulang, kulit buah-buahan dan
sayur-sayuran.
Lebih
menyedihkan lagi (dari sudut ekonomi) apabila setiap isi rumah di negara ini
secara puratanya membazirkan kos perbelanjaan (membeli) makanan mereka,
sekurang-kurangnya RM210 setiap bulan
atau RM2,600 setahun.
Tahukah
anda bahawa 4,046 tan sisa makanan yang
dibazirkan (dibuang) sebenarnya mampu memberi
makan tiga juta orang sehari untuk tiga kali makan.
Trend peningkatan sisa makanan ini dijangka meningkat antara 15 hingga 20 peratus pada setiap musim perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali dan seumpamanya.
Kredit Infografik: unileverfoodsolutions.com.my
Sehubungan itu, Hari Makanan Sedunia (World Food Day) adalah hari antarabangsa diraikan pada 16 Oktober setiap tahun di seluruh dunia.
Ia pertama kali disambut pada tahun 1979 seiring dengan penubuhan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bansa Bersatu (PBB) pada 16 Oktober 1945 di Quebec, Kanada.
Objektif
utama meraikan tarikh keramat tersebut (16
Oktober) adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta mendidik
masyarakat global mengenai masalah makanan dunia serta cara meningkatkan stok
makanan pada masa hadapan.
Justeru, masyarakat dunia diajak melawan kelaparan (kebuluran) dan juga membasmi kemiskinan bertepatan dengan matlamat kempen 'Zero Hunger'. - KitaReporters
Kajian yang diterbitkan pada tahun 2018, jumlah pembaziran makanan yang dibuat oleh rakyat Malaysia jauh melebihi jumlah buangan sisa makanan oleh negara-negara maju lain. - Kredit info: www.mkn.gov.my (21 Jun 2022)
Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/949530/17000-tan-sisa-makanan-setiap-hari
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/06/21/statistik-pembaziran-sisa-makanan-mengikut-negara/
https://www.unileverfoodsolutions.com.my/ms/inspirasi-chef/perniagaan-makanan-101/kesan-pembuangan-sisa-makanan-untuk.html
https://www.bezzia.com/ms/Hari-Makanan-sedunia/