Amat membimbangkan! 500k remaja sakit mental? Kesan hilang kerja dan pendapatan! Masalah keluarga!
Published byTANGGAL 10 Oktober setiap tahun, dunia akan meraikan Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Sehubungan
itu, pelbagai usaha dilakukan demi meningkatkan kesedaran orang ramai serta
menggerakkan usaha-usaha perkongsian informatif berkaitan kesihatan mental.
Sambutan tahun 2022 ini, membawa tema “Kesihatan Mental dan Kesejahteraan untuk Semua Keutamaan Global” atau “Mental Health & Well-Being for All a Global Priority.”
Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan penyakit dan sakit mental
Gambar hiasan... Adakah anda salah seorang pesakit mental? Jangan biarkan, banyak kes bunuh diri dilaporkan sejak kebelakangan ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan hampir setengah bilion populasi dunia bergelut dengan masalah mental iaitu sebelum pandemik Covid-19 merebak.
Di Malaysia, isu penyakit mental bukanlah satu perkara yang baharu menular dalam kalangan masyarakat masa kini. Tetapi kesihatan mental telah menjadi isu kesihatan awam yang berleluasa dan berlarutan lama di Malaysia.
Penularan wabak pandemik Covid-19 di seluruh dunia antara punca utama mendorong sebilangan manusia mengalami tekanan atau gangguan mental sehingga mencetuskan beberapa tindakan yang abnormal, agresif dan menakutkan.
Gambar hiasan... Sewaktu pandemik Covid-19, terdapat banyak syarikat kecil menutup operasi mereka kerana mengalami kerugian, sekali gus ramai yang terkesan dengan mereka terpaksa dibuang kerja. - Kredit gambar: MStar.
Memetik
kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy
Jamaluddin pada 28 September 2022 bahawa sejumlah 1,142 kes bunuh diri dicatatkan pada tahun 2021 berbanding 631
kes pada 2020 iaitu peningkatan sebanyak 81 peratus.
“Faktor penyumbang
termasuk isu kewangan seperti kehilangan pendapatan atau pekerjaan, masalah
keluarga seperti perceraian, kehilangan orang tersayang, konflik keluarga serta
penderaan rumah tangga,” kata beliau dalam ucapannya semasa pengagihan dana
program kesihatan mental untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kementerian
Kesihatan di Putrajaya.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 mendapati prevalens kemurungan dalam kalangan remaja berumur 16 tahun dan ke atas adalah 2.3%, yang dianggarkan hampir 500,000 orang. - KitaReporters
Sumber:
https://keadilanrakyat.org/index.php/hari-kesihatan-mental-sedunia-menuju-kesaksamaan-kesihatan-mental/
https://beritakini.biz/kj-peningkatan-bunuh-diri-dan-isu-kesihatan-mental-yang-membimbangkan-tindakan-segera-diperlukan/