TERDAPAT pelbagai cara untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan terutama kepada rakyat kategori B40, apatah lagi pada saat-saat sukar berhadapan dengan pelbagai dugaan ekonomi dan kesempitan hidup. 

Program seperti aspirasi Keluarga Malaysia turut membuka lagi peluang dan ruang untuk semakin banyak angota masyarakat membuat sumbangan dan hulurkan bantuan.

Menyedari hakikat tersebut, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) yang ditubuhkan pada Ogos 2008 membuka peluang kepada kumpulan yang berkemampuan untuk menyokong projek amal Malaysia Aid by Muslim Aid (Malaysia Aid oleh Muslim Aid atau MAMA) dengan melancarkan edisi ketiga pada 31 Oktober 2022 yang lalu. Projek amal ini kini mendapat sokongan dari pasar raya terkenal Mydin Holdings Bhd.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Muslim Aid Malaysia

Bunting  projek amal MYMAMA diletakkan di pintu masuk dan sudut amal pasaraya Mydin yang terpilih.


Ketua Pegawai Operasinya, Habsah Marjuni berkata, pada fasa pertama projek yang dikenali sebagai MyMAMA iaitu gabungan perkataan Mydin dan MAMA, sebanyak 12 pasar raya Mydin telah dipilih.

“Penderma boleh memilih daripada lima pakej yang ditawarkan. Pakej A untuk bantuan makanan, pakej B bagi keperluan produk bayi, pakej C untuk  barangan persekolahan kanak-kanak, pakej D pula sebarang jumlah derma wang dan akhir sekali pakej E untuk warga emas.

“Bagi menjayakan projek kali ini, sebanyak 12 lokasi telah dipilih

"Antaranya pasar raya Mydin di Bukit Jambul dan Bukit Mertajam, Seberang Perai di Pulau Pinang; Jengka di Pahang; Subang Jaya dan Semenyih di Selangor; Mutiara Rini di Johor; Tunjung di Kelantan; Meru Raya, Ipoh di Perak; Ayer Keroh di Melaka; Kuala Terengganu di Terengganu; Alor Setar di Kedah; serta Seremban di Negeri Sembilan.

“Penerima dipilih berdasarkan pendapatan isi rumah mereka dan kebanyakannya  terdiri dalam kalangan rakyat kategori B40. Aktiviti pengagihan telah dijalankan oleh pasukan YKMAM dengan bantuan daripada masyarakat setempat.

“Kami berharap dengan kerjasama pasarraya Mydin, jangkauan penderma lebih luas dapat dicapai yang seterusnya lebih ramai penerima akan mendapat manfaat daripada projek ini,” katanya.



Habsah menambah, mereka yang mahu menyumbang akan melihat bunting projek yang  diletakkan di pintu masuk dan sudut amal pasar raya terpilih. selepas itu, mereka perlu mengimbas kod QR yang dicetak pada bunting (gegantung) untuk memulakan proses sumbangan.

“Sejak diwujudkan pada 2020, projek MAMA telah memberi manfaat kepada hampir 1,200 keluarga di 18 lokasi antaranya di Cheras dan Kepong di Kuala Lumpur; Ampang, Klang dan Tanjung Karang di Selangor; Kuala Gandah, Pahang; Jelebu, Negeri Sembilan; Bukit Serok dan Felda Menerong di Pahang; serta Tumpat, Kelantan.

“Bagi projek kali ini, kami berharap hubungan dengan pasar raya Mydin akan kekal dan membawa manfaat yang lebih besar untuk kita  semua,” tambahnya.



Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Ameer Ali Mydin menegaskan, pihaknya sentiasa menyokong usaha murni demi kebajikan masyarat dan sentiasa membuka tangan untuk bekerjasama.

“Kami sentiasa menggalakkan usaha ke arah memberi manfaat kepada golongan kurang bernasib baik terutama mereka yang amat terkesan dengan cabaran ekonomi.

“Inisiatif yang disediakan ini memudahkan orang ramai untuk bersama-sama saling menyokong meringankan  beban golongan kurang berkemampuan. Setiap pakej sumbangan yang ditawarkan akan diagihkan kepada penerima yang layak,” tambahnya.

Menerusia projek MyMAMA 2022, aktiviti ini bukan sahaja berlangsung di lokasi pasar raya kerana mereka yang mahu turut serta masih boleh melakukan sumbangan dengan melayari laman web www.muslimaid.org.my atau halaman FB Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. - KitaReporters


 

 

9
9
0
14
0

Copy Link: