Video| Saji saji Peraduan Saji Rayakan Rasa! Hadiah bernilai RM50k! Filem pendek raya, Nas Si Goreng!
Published by.
Menjelang Aidilfitri, Saji sekali lagi menghangatkan suasana dengan kempen Ramadan Raya 2025 bertemakan 'Saji Rayakan Rasa'.
Bersempena ulang tahunnya yang ke-25 sebagai jenama kulinari pilihan rakyat Malaysia, kempen ini bukan sekadar meraikan kelazatan hidangan perayaan, tetapi juga mengetengahkan emosi serta kenangan yang menyentuh hati – suka atau duka, semuanya wajar dihargai.
Sebagai kemuncak kempen, Saji mempersembah sebuah filem pendek hari raya berjudul 'Nas Si Goreng', yang dilancarkan secara rasmi dalam sebuah majlis berbuka puasa di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur pada 21 Mac 2025 yang dihadiri Pengerusi FELDA, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek.
Dari kiri: Razmi Rahmat, Sry Haryanti, Rastam Mohd Isa, Ahmad Shabery Cheek, Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Fakhrunniam Othman dan Shammim Azad Kamruzaman pada majlis pelancaran yang berlangsung di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur semalam. Foto: FAS.

Beliau diiringi bersama Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa; Pengarah Besar FELDA, Dato’ Dr. Suzana Idayu Wati Osman; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Fakhrunniam Othman; Pemangku Pengurus Besar, Hotel Seri Pacific, Razmi Rahmat; Pemangku Pengurus Besar, Seri Pacific Corporation, Sry Haryanti Mohd Nor; dan Pegawai Bertanggungjawab untuk Bahagian Produk Pengguna FGV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn Bhd., Shammim Azad Kamruzaman.
Filem ini mengisahkan perjalanan seorang pemuda bernama Anas, yang membesar dengan melihat ibunya memasak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.
Namun, selepas pemergian ibunya, Anas bergelut dengan kehilangan itu sehingga mula “menggoreng cerita” untuk mengisi kekosongan dalam hatinya.
Kisah ini membawa penonton menelusuri perjalanan emosinya dalam menerima kehilangan, mengubati kesedihan, dan menyedari kepentingan meneruskan warisan ibunya melalui masakan.
'Nasi Si Goreng' menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Fadhli Masoot sebagai Anas, Nabila Huda sebagai Anisa, dan Liza Abdullah sebagai ibu.
Dengan tema kenangan, kasih sayang, dan penyembuhan, 'Nas Si Goreng' seiring dengan semangat Saji Rayakan Rasa yang menekankan bahawa setiap rasa, sama ada di lidah atau di hati, membawa makna tersendiri dalam mencipta kenangan Aidilfitri yang abadi.
Tahun lalu (2024), SAJI turut mencuri perhatian dengan filem pendek mereka bertajuk 'Minyak Maaf', yang menyentuh hati rakyat Malaysia dengan mesej kemaafan dan kasih sayang.
Selain menghasilkan filem pendek, Saji juga meneruskan komitmen terhadap masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Saji Seikhlas Hati.
Pada majlis pelancaran kali ini, Saji telah meraikan 20 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Al-Haq Malaysia dengan memberikan sumbangan Aidilfitri bernilai RM300 serta hamper produk Saji dan Seri Pelangi bernilai RM50 setiap seorang.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Saji dalam berkongsi rezeki dan memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.
Sejak 2023, program ini telah membantu hampir 3,000 golongan asnaf di seluruh negara. Dan, dalam usaha memperkasa lagi kempen Saji Rayakan Rasa, jenama ini turut berkolaborasi dengan Hotel Seri Pacific dan Serai Group.
Kerjasama dengan Hotel Seri Pacific melahirkan siri Inspirasi Cita Rasa Ramadan, yang memperkenalkan 18 video resipi eksklusif hasil air tangan cef terkemuka hotel tersebut menggunakan produk Saji.
Sementara itu, kolaborasi bersama Serai Group membawa pengalaman menjamu selera yang lebih bermakna, di mana dua pemenang bertuah akan menikmati jamuan rumah terbuka eksklusif di Restoran Serai bernilai RM4,000.
Sejak diperkenal pada tahun 2000, Saji telah berkembang menjadi jenama yang sinonim dengan dapur rakyat Malaysia.
Bermula dengan produk minyak masak, Saji kini menawarkan pelbagai rangkaian produk kulinari seperti krimer, santan, ketupat, dan kerisik.
Dengan kualiti terjamin serta pengiktirafan Halal, Saji terus menjadi pilihan utama dalam penyediaan makanan, malah, minyak masak SAJI turut dieksport ke 13 negara lain termasuk Vietnam, Kazakhstan, Pakistan, Afghanistan, dan Kanada.
Dalam meraikan ulang tahun ke-25, Saji juga memperkenal Peraduan Saji Rayakan Rasa, yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000 kepada pengguna.
Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu membeli produk Saji, Seri Pelangi atau Premeo bernilai RM25 ke atas dan menghantar bukti pembelian melalui WhatsApp.
Filem pendek 'Nas Si Goreng' kini boleh ditonton dalam platform media sosial Saji, termasuk Facebook, Instagram, TikTok, dan YouTube.
Melalui kempen ini, Saji bukan sahaja ingin mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran minyak masak tempatan, tetapi juga membawa nilai kasih sayang dan tradisi ke dalam setiap hidangan yang disediakan oleh rakyat Malaysia. - KitaReporters