Video| Piala AFF 2022: Malaysia sebelah kaki ke pentas akhir! Jaringan Faisal Halim berikan kelebihan!

Published by
KitaReporters


JARINGAN tunggal daripada pemain sayap negara, Mohamad Faisal Abdul Halim sudah cukup untuk memberikan sedikit kelebihan buat Malaysia apabila berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 Januari 2022. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF



Bermain di halaman sendiri dan berhadapan sebuah pasukan terbaik di ASEAN ternyata bukan sesuatu yang mudah apabila Thailand lebih mendominasi perlawanan.  

Namun Malaysia terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-11 apabila Fasial bijak mengambil kesempatan hantaran daripada pemain pertahanan untuk meledak jaringan pertama buat Harimau Malaya. 

Selepas mendapat jaringan pertama, skuad kendalian Kim Pan-gon seperti sukar untuk mengawal permainan sebaliknya anak buah Mano Polking pula yang menyerang berhabis-habisan. 

Pujian harus diberikan kepada kesemua pemain terutama pertahanan dan penjaga gol Malaysia apabila berjaya menyelamatkan aksi bahaya dalam perlawanan itu. 

Thailand beberapa kali hampir saja untuk menyamakan kedudukan namun pemain mereka seperti tidak jumpa jalan untuk menebusi gawang gol Malaysia. 



Berpunca dari satu sepakan percuma, Dominic Tan berjaya mengandakan kedudukan untuk memberi kelebihan pada Harimau Malaya pada minit ke-54.

Tetapi jaringan serta kegembiraan penyokong Malaysia disentap oleh pengadil perlawanan apabila membatalkan gol tersebut selepas termakan tipu daya lakonan pemain pertahanan Thailand. 

Akibat itu, berlaku sedikit kekecohan dalam padang antara kedua-dua pasukan namum pengadil berjaya mengawal situasi tersebut. 

Thailand terus mengatur serangan dan mereka hampir dapat penalti selepas pemain pertahanan Malaysia, Shamie Iszuan melakukan tackle dalam kotak namum pengadil tidak memberikan penalti tersebut sekali gus menyelamatkan kelebihan jaringan Malaysia. 

Keputusan penuh Malaysia berjaya bertahan dan membawa bekalan tipis ke Bangkok untuk separuh akhir kedua pada 10 Januari 2022.

Malaysia perlu mencari jaringan awal di sana untuk memberi tekanan lebih kepada pasukan tuan rumah dan kelebihan menjadi milik Malaysia. - KitaReporters


Foto kredit : FB FAM

10
11
0
10
0

Copy Link: