Piala Malaysia 2022: KL City FC gagal gunakan kelebihan! Terengganu FC bermain 10 orang! Menang 1-0!
Published byBIARPUN beraksi dengan 10 pemain sahaja, Terengganu tetap berjaya memenangi perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia 2022 dengan keputusan 1-0 ke atas tuan rumah, Kuala Lumpur City (KL City) yang berlangsung di Stadium Cheras malam tadi. (6 November 2022).
Jaringan Kpah Sherman pada minit ke-14 sudah cukup untuk mereka membawa pulang satu jaringan yang cukup bermakna ke Kuala Terengganu.
KL City yang bermain di halaman sendiri ternyata tidak menggunakan kelebihan ini untuk mencari gol dan tugas getir menanti mereka selepas ini kerana skuad kendalian Nafuzi Zain cukup bahaya bila beraksi di hadapan penyokong setia mereka.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelawanan Piala Malaysia
Dalam perlawanan tersebut, Kpah Sherman terus membuktikan bahawa beliau masih berbisa apabila telah menjaringkan gol setiap perlawanan. Ini juga membolehkan beliau terus mendahului senarai penjaring gol terbanyak setakat ini.
Penjaga gol utama Terengganu, Suhaimi Husin dilayangkan kad merah selepas melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya apabila menjatuhkan Romel Morales di luar kotak penalti. Ini menyebabkan pengadil perlawanan tidak teragak untuk berikan kad merah kepada Suhaimi.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari jaringan namun peluang yang terhidang itu gagal digunakan sebaik mungkin biarpun terdapat beberapa peluang yang seharusnya menghasilkan jaringan.
Pujian perlukan diberikan kepada penjaga gol simpanan Sang Penyu, Shamirza Yusoff kerana berjaya menyelamatkan dua peluang terbaik KL City dan beberapa lagi percubaan untuk memastikan mereka dapat mengekalkan kelebihan jaringan yang diperoleh itu.
Mereka akan bertemu sekali lagi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk merebut slot ke separuh akhir. Kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang untuk mara ke peringkat seterusnya. - KitaReporters
Kredit Foto : FB MFL