Video| Terima kasih Keluarga Malaysia! 3 hari, RM70k! Tabung Kecemasan Nad Zainal! Aznil turut bantu!

Published by
KitaReporters

Tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat pelakon Nad Zainal atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, yang dilancarkan sejak Selasa, 29 November 2020 berjaya mengutip hampir RM70,000 sehingga Khamis, 1 Disember 2022. 

Tujuan kutipan dana ini adalah untuk menampung kos rawatan Nad sejak dia dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital pakar Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor sejak Selasa 22 November 2022.  



Shahrulezad Mohammeddin


Kewujudan tabung kecemasan ini diinsiatifkan oleh rakan artis iaitu produser, pengarah dan penulis skrip Shahrulezad Mohammeddin, pelakon Sherry Al Hadad dan Ungku Ismail

Mereka terharu atas sokongan dan kemurahan hati rakyat Malaysia yang bersama-sama menyertai rakan-rakan artis dalam usaha mengurangkan beban keluarga Nad.

Jumlah RM70,000 dalam tempoh 3 hari dilancar dianggap membanggakan dan yakin sasaran RM200,000 dapat dicapai tidak lama lagi.

Shahrulezad yang selalu menyiarkan perkembangan terkini Nad  tidak memperinci jumlah keseluruhan bil rawatan Nad setakat ini. Namun memaklumkan satu suntikan steroid paling tinggi yang diterima adalah RM15,000.



Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB Pertubuhan Kebajikan As Siddiq bernombor 8604978484 dan e-mel [email protected] untuk bukti sumbangan.

Setakat ini hospital belum meminta bayaran, namun persediaan untuk bayaran perlu disedia oleh keluarga.



Jumlah sumbangan dijangka meningkat positif apabila personaliti dan pengacara terkenal Aznil Nawawi atau Pak Nil turut melakukan inisiatif sama menerusi akaun Instagramnya.

Setelah memulakan sumbangan amal untuk kos pembedahan Zamani Slam, kini personaliti berhati mulia ini kini mewujudkan tabung amal buat Nad Zainal untuk meringankan kos rawatannya. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk Nad Zainal boleh memberi sumbangan ke akaun Maybank Aznil Nawawi no: 564735809375.



Nad dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri pada 29 November 2022 akibat pendarahan paru-paru sehingga terpaksa ditidurkan.

Menurut Ungku Ismail Aziz yang sentiasa memaparkan perkembangan terkini Nad Zainal menyatakan rakan baiknya itu menunjukkan perkembangan positif apabila dos ubat tidur sudah dikurangkan.

Tambah Ungku Ismail, Nad juga sudah mula membuka mata tetapi tidak disarankan berbual kerana memerlukan banyak rehat.

Doktor dijangka menanggalkan alat bantuan pernafasan kerana paru-paru Nad juga sudah semakin kuat.

Nad Zainal dan Ungku Ismail adalah antara melakon utara drama bersiri  'Cina Buta' di Astro Ria yang ditangguhkan tayangannya oleh stesen TV atas sebab-sebab tertentu.

'Cina Buta' yang turut dibintangi Alif Aziz dan Puteri Aisyah sepatutnya ditayang mulai 9 November 2022 dari Isnin hingga Khamis sebanyak 18 episod. - KitaReporters

/

9
7
0
17
0

Copy Link: