Video| Piala AFF 2022: Harimau Malaya mula langkah kanan! Syihan Hazmi penyelamat! Dimalukan Myanmar!

Published by
KitaReporters


Malaysia membuka kempen Piala AFF 2022 dengan langkah kanan selepas menang tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam aksi pembukaan kumpulan B di Stadium Thuwunna pada 21 Disember 2022. 

Namun itu bukan kemenangan mudah buat skuad Kim Pan-gon apabila mereka begitu bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik sepanjang 90 minit permainan. 


Lagi




Pan-gon cuba menerapkan taktikal menyerang bagi mendapatkan jaringan awal namun keadaan padang yang kurang baik membuatkan permainan sedikit terganggu.  

Sepanjang 45 minit awal, permainan dilihat lebih seimbang dengan berbalas serangan. 

Harimau Malaya mempunyai beberapa peluang terbaik terutama menerusi Faisal Halim. Begitu juga dengan Myanmar apabila beberapa deretan peluang hampir menghukum barisan pertahan Malaysia. 

Melihat permainan agar kurang menjadi, Pan-gon terpaksa melakukan pertukaran bagi menghidupkan barisan hadapan. 

Malaysia terpaksa menunggu sehingga minit ke-52 untuk membuka tirai jaringan menerusi gerakan cantik daripada Faisal untuk berada di hadapan 1-0. 

Myanmar yang bermain di tempat sendiri dilihat meningkatkan rentak serangan untuk mendapatkan jaringan penyamaan. Beberapa siri gerakan dan percubaan hampir memberi gol untuk tuan rumah. 



Harimau Malaya dilihat masih sukar untuk bermain rentak seperti biasa sehingga membuka ruang dan peluang untuk Myanmar menyusun gerak atur lebih bahaya ke kubu Malaysia. 

Tuan rumah berpeluang untuk menyamakan kedudukan apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanan dipersalah melakukan kekasaran dalam kotak penalti. 

Namun begitu, pemain Myanmar, Win Naing Tun mempersia peluang terbaik apabila sepakan beliau diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi. 

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat permainan membolehkan tiga mata penting buat Harimau Malaya. 

Kemenangan ini sangat penting buat pemain kerana selepas ini mereka akan bertemu lawan lebih kuat. 

Pada 24 Disember 2022 ini, Malaysia akan turun menentang Laos di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kemenangan kedua ini sangat penting bagi memastikan peluang ke separuh akhir lebih cerah. - KitaReporters


10
12
0
16
0

Copy Link: