Dr Ahmad Samsuri Mokhtar teruja melihat sebuah motosikal klasik.


SEBUAH motosikal klasik paling lama berjenama “Harley Dividson” iaitu model 1916C dan bernilai tinggi yang kini mencecah nilaian lebih RM150,000 menarik perhatian pengunjung terutama peminat motosikal pada Pameran Muto dan Kenangan 2024 yang berlangsung di Dewan Mandalika dan Ruang Foyer, Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. 

Pameran tiga bulan bermula 1 Julai sehingga 31 September 2024 kini mmpamerkan lebih 40 buah motosikal klasik dan retro memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan secara lebih dekat pelbagai jenis motosikal klasik.


Dr Ahmad Samsuri (tengah) beraksi bersama sebuah motosikal klasik sambil diperhatikan oleh Che Muhamad Azmi Ngah (kanan sekali).


Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Che Muhamad Azmi Ngah berkata,  pameran itu diadakan bertujuan mengimbau nostalgia permotoran di Malaysia dengan suntikan nilai-nilai sentimental dalam budaya bermotosikal. 

Menurutnya, motosikal klasik dan retro menjadi tunjang koleksi serta foto-foto lama bakal mengembalikan pengalaman bersama dari pelbagai aspek budaya motosikal dalam kehidupan.

"Ia sekali gus memberi pendidikan kepada generasi baharu khusus dalam aspek keselamatan dan perundangan di jalan raya," katanya.  



Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk  Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam ucapannya, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dan menyokong penuh penganjuran-penganjuran seperti itu yang menyumbang kepada peratusan kehadiran pelancong ke Terengganu. 

“Kompleks Muzium ini  merupakan salah satu destinasi ‘patut lawat’ para pelancong jika berkunjung ke negeri ini.

“Justeru itu, saya berharap pihak muzium dan agensi-agensi pelancongan lain sentiasa bersiap siaga menyajikan program-program yang kreatif, inovatif serta dapat memenuhi hasrat segenap lapisan masyarakat,” ujar beliau lagi. - KitaReporters


15
16
0
7
0

Copy Link: