Tollywood lebih hebat daripada Bollywood? Bintang filem Tamil hidup kaya dan mewah! Ada jadi KM!
Published by
Gandingan superstar filem Tamil, MGR dan Jayalitha, yang sering berpasangan dalam filem dengan kebanyakannya memecah box-office.
JIKA
disebut nama Maruthur Gopalan Ramachandran, ramai tidak tahu. Tetapi jika
disebut MGR, pasti ramai mengenali. Dia merupakan ikon dan superstar filem
Tamil yang diminati ramai di negara ini.
Selain
filem Hindustan atau Bollywood yang berpusat di Mumbai (dahulu Bombay) di utara
India, filem Tamil yang berpusat di Chennai (dahulu Madras), Tamil Nadu, selatan
India, juga mempunyai pasaran besar di negara ini. Industri filem Chennai dikenali
sebagai Tollywood.
Nama MGR tidak asing. Begitu juga dengan heroin filem Tamil, Jayalalitha Jayaram, dikenali Jayalalitha. Jika MGR ialah aktor superstar, Jayalalitha ialah aktres superstar.
Walau pun ada bintang popular lain pada era itu seperti seperti Gemini Ganesan (bapa kepada aktres Bollywood, Rekha), Jaishankar, Janaki dan Shivaji Ganesan, kehebatan MGR dan Jayalalitha sukar digugat.
Mereka ‘menguasai’ layar perak dan sering digandingkan dalam filem, termasuk 28 filem box-office. Antaranya ‘Adikai Penn’, ‘Ayirathil Oruvan’, ‘Engal Thangam’, ‘Rahasya Police 115’, ‘Chandrodhayam’, ‘Kannan En Kadhalan’, ‘Mattukara Velan’, ‘En Annan’ dan banyak lagi.
MGR membina nama kukuh dalam filem. Dalam karier seninya, dia menang Anugerah Filem Kebangsaan India, Anugerah Filem Tamil Nadu dan tiga Anugerah Filmfare.
Jayalalitha
pula telah membintangi lebih 149 filem, pernah memenangi Anugerah Filem
Tamil Nadu dan tiga Anugerah Fanfare.
Kejayaan
sebagai bintang filem pujaan ramai mendorog MGR dan Jayalalitha menceburi
politik. Kemuncak kerjaya politik ialah kedua-duanya berjaya menduduki kerusi
Ketua Menteri (KM) Tamil Nadu.
MGR jadi
ketua menteri dari 1977 hingga kematiannya pada Disember 1987. Dia dianggap
ketua menteri dan ahli politik berpengaruh pascamerdeka.
Tempatnya diganti oleh isterinya, VN Janaki, yang juga pelakon. Janaki hanya bertahan 23 hari, dari 7 Januari 1988 hingga 30 Januari 1988 akibat pergeseran dalam kalangan gabungan parti memerintah. Namun dia mencatat nama sebagai ketua menteri wanita pertama di Tamil Nadu dan seluruh India. Dia meninggal pada 1996.
Jayalalitha jadi Ketua Menteri Tamil Nadu antara 1991 hingga meninggal pada 2016. Dalam tempoh itu, dia melalui liku turun naik politik dan pernah dihukum penjara kerana rasuah.
Pada 2015 apabila hukuman dibatalkan, dia kembali jadi ketua menteri untuk kali keempat dari Mei 2015 hingga meninggal pada Disember 2016. Jayalalitha ialah ketua menteri wanita pertama termuda dan pertama meninggal dalam jawatan.

Rajinikanth, hero otai yang masih diminati.
Itu kisah
beberapa dekad lalu. Industri filem Tamil melalui perubahan pesat sejajar
perkembangan semasa. Kini ialah era generasi bintang muda yang tampan dan
cantik menyerikan layar perak.
Selain
Rajinikanth dan Kamal Haasan yang sudah lama bergelumang dan filem dan masih
akif hingga kini, hero lain ialah Ajith Kumar, Surya, Thalapathy Vijay, Vijay
Sethupathi, Danush, Arun Vijay, Prabhas dan Allu Arjun.
Heroin pula
Jyothika (isteri Surya), Shruti Haasan (anak Kamal Haasan), Nayanthara, Trishna
Krishnan, Priyanka Mohan, Anushka Shetty, Keerthi Suresh, Sai Pallavi, Kajal Aggarwal,
Pooja Hegde, Tamannaah Bhatia dan Sreeleela.
Beberapa tahun kebelakangan ini, filem tamil muncul dominan dengan pencapaian terhebat box office melalui filem seperti ‘Jailer’ dan ‘Leo’. Tollywood bukan sahaja sama hebat dengan Bollywood, malah mungkin lebih hebat.

Kamal Haasan dalam filem aksyen lakonannya, 'Vikram'.
Ini menjadikan bintang filem Tamil golongan kaya dan hidup mewah. Tetapi siapakah antara bintang-bintang ini yang terkaya? Mungkin ada yang beranggapan ia adalah hero baharu yang hangat di pasaran.
Tetapi
tidak begitu. Yang memegang rekod bintang paling kaya ialah Kamal Haasan, 70, hero lama serba boleh yang masih aktif berlakon dan mengeluarkan filem.
Dia telah
membintangi lebih 230 filem sehingga ini dan beberapa filem dalam senarai
menunggu. Selain filem Tamil, dia juga berlakon dalam filem Malayalam, Hindi,
Telugu, Kannada dan Benggali.
Kamal Haasan mengenakan bayaran tinggi untuk setiap filem lakonannya, antara 100 crore Rupees (RM51.4 juta) sehingga 150 crore Rupees (RM77.1 juta). Kekayaan Kamal Haasan berjumlah 450 crore Rupees (RM231.3 juta).

Thalapathy Vijay.

Ajith Kumar.
Seterusnya Rajinikanth yang memiliki kekayaan berjumlah 430 crore Rupees (RM221 juta). Dia dibayar 210 crore Rupees (RM108 juta) membintangi filem box office ‘Jailer’.
Ini dikuti oleh Ajith Kumar yang memiliki kekayaan 350 crore Rupees (RM180 juta). Filem terakhirnya sehingga kini ialah ‘Thunivu’ keluaran 2023 dimana dia mengenakan bayaran 70 crore Rupees (RM36 juta) untuk membintanginya.

Nayanthara.
Trisha.
Dalam kalangan pelakon wanita pula, Nayanthara memiliki 62 crore Rupess (RM39 juta). Dia mengenakan bayaran 4 crore Rupees (RM2.056 juta) bagi sebuah filem. Trisha pula memiliki 56 crore Rupees (RM29 juta). Dia mengenakan bayaran 1 crore Rupees (RM514,000) bagi sebuah filem.
Aktres cantik Tamannaah Bhatia menerima bayaran 1.7 crore Rupees (RM874,000) bagi sebuah filem sementara Taapsee Pannu menerima bayaran 1.5 crore Rupees (RM771 juta).
Shruthi Haasan menerima bayaran 2.5 crore Rupees (RM1.285 juta) bagi sebuah filem. Kaajal Aggarwal menerima 3 crore Rupees (RM1.542 juta), Anushka Shetty yang membintangi ‘Bahubali’ mengenakan bayaran sehingga 4 crore Rupees (RM2.056 juta) bagi sebuah filem.
Tamannaah Bhatia.

Kaajal Aggarwal.

Shruti Haasan.
Taapsee Pannu.
Melihat kepada kekayaan yang dimiliki bintang utama filem Tamil, dan bayaran yang mereka kenakan bagi setiap filem, menyerlahkan kekukuhan industri filem Tamil dan nilai tinggi bintangnya sehingga dibayar begitu lumayan. Mereka kaya dan mewah.
Tentu ini
bermakna filem Tamil tayangan dalam dan luar negara, termasuk Malaysia, mampu
mencapai kejayaan besar dan memperoleh kutipan tinggi. Jadi tiada masalah
membayar jumlah sangat tinggi kepada para pelakon. - KitaReporters