Liga Super 2022: PJ City ikat JDT, 2-2! JDT kekal pendahulu! Bakal juarai liga bagi kali kesembilan!

Published by
KitaReporters


Jaringan minit-minit akhir oleh Kogileswaran Raj memastikan Petaling Jaya City (PJC) FC mengikat bakal juara, Johor Darul Ta'zim (JDT) FC dengan keputusan 2-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 

JDT yang masih segar dengan kejuaraan Piala FA, turun ingin memburu tiga mata penting dan mereka lebih menguasai perlawanan dan mempunyai banyak deretan peluang pada separuh masa pertama. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super


Baru tiga minit bermula pada separuh masa kedua, JDT berjaya di hadapan apabila Bergson Da Silva mudah sempurnakan sepakan penalti untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-48.  

JDT terus melancarkan serangan dari kiri dan kanan untuk menambah jaringan. 

PJC cuba melakukan perubahan untuk dapatkan jaringan dan gaya permainan mereka juga berbeza daripada separuh masa pertama. 



Melalui satu serangan balas dan hantaran cantik daripada Mahali Jasuli membolehkan Darren Lok menyamakan kedudukan pada minit ke-73. 

JDT melakukan beberapa pertukaran dan kemasukan Akhyar Rashid ternyata membuahkan hasil selepas pemain ini meletakkan JDT 2-1 di hadapan pada minit ke- 86. 

Perlawanan dilihat seperti JDT akan pulang tiga mata namun PJC menafikannya selepas kesilapan pemain pertahanan Harimau Selatan yang gagal menghalang bola itu telah menyebabkan Kogileswaran menjaringkan gol yang cukup cantik menewaskan Farizal Marlias. 

Bagaimanapun, JDT masih selesa mendahului carta liga dan masih berbaki satu perlawanan yang belum dimainkan. - KitaReporters 


14
12
0
10
0

Copy Link: