Video| Nak nyanyi bersama saya? Masuk kelas vokal dulu! Atau gi kumpul setem, tangkap ikan! - Awie

Published by
KitaReporters

SELAIN tokoh muzik Mokhzani Ismail yang membidas suara sumbang selebriti dan usahawan kosmetik sensasi Aliff Syukri Kamarzaman, 35, turut lancang membidas ialah penyanyi rock legenda Awie.

Awie atau Ahmad Azhar Othman, 53 menganggap industri seni tanah air telah dirosakkan oleh individu yang punya wang tetapi tidak berbakat dalam bidang seni sehingga merosakkan kerjaya penglibat seni yang tulen.

Kerana Aliff Syukri mengatakan dia menyanyi kerana minat, Awie meminta bintang sensasi ini mencari hobi lain seperti mengumpul setem atau menangkap ikan.

Menyentuh tawaran Aliff untuk menyanyi bergandingan dengannya, Awie meminta Aliff masuk kelas vokal terlebih dahulu. Awie berkata demikian dalam satu temu bual bersama portal F8Buzz.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Awie Wings



Mengulas mengenai kenyataan Aliff Syukri yang mengatakan bahawa nyanyian adalah hobinya, Awie berkata itu adalah kerjaya mereka sebagai anak seni.

Betul itu hobi dia, tapi ini kerjaya kami. Industri adalah perkara yang serius. Maka saya dan yang lain-lain yang duduk di dalam ini adalah ini kerjaya kami.

Bukan hobi kami, ini kerjaya yang kami cari dari titik peluh dari menyanyi, main muzik, lakonan dan sebagainya. Ini adalah perkara serius.

Kalau ada hamlau yang datang nak mengacau industri ini, maka kami ini jadi marahlah. Kalau hobi pergi kumpul setem, tangkap ikan, cari rama-rama ke, itu hobi,” katanya.

Awie turut meminta pihak berkenaan supaya tidak menghancurkan industri seni kerana itu adalah tempat di mana mereka mencari makan.

“Jangan hancurkan industri ini, kami perlukan industri ini untuk teruskan hidup, kalau dah tak ada lagi industri ini kami nak cari makan dekat mana.

Korang dah kaya korang kayalah. Kita orang tak pernah minta satu sen duit kau pun. Cuma kami minta jangan lacuri industri kami,” tegasnya.


Antara penyanyi rock berkumpul secara maya menyokong kenyataan Awie

Sementara itu lebih 40 orang penyanyi rock berhimpun secara maya, secara dalam talian dalam satu sesi kongsi pandangan bersama pada malam hari Isnin, 22 Ogos 2022.

Mereka menyokong kenyataan Awie bahawa industri muzik ‘dilacurkan’ oleh orang tiada jiwa seni dan meminta panel penapisan lagu kembali diwujudkan.

Lebih 40 penyanyi rock tempatan menyatakan tanda sokongan terhadap kenyataan dibuat Awie baru-baru ini.

Antara penyanyi rock yang menyokong kenyataan Awie ialah Aris Ariwatan, Baggio Damasutra, Ringgo Arrow, Isa Graviti, Zack kacamata, Afee, Rose Sherox, Izam Eye, Rahmat Tohak Mega, Wom UG1411 dan Joey BPR.

Turut serta ialah Yazid Sejati, Azman Terlena, Burn Meditasi, Rom Amija, Isa Handy Black, Yantzen Rusty Blade, Azul Fair, Shafie Rio, Atan Aryan dan Boy Mercury.

Turut menyokong ialah Jereen Okay, Nizam Laksamana, Amir Ukays, Yann Keno, Zahruddin, Acong Sweetchild, Alim Kris, Rahmat Ekamatra, Ali XPDC, Nk Putra dan Amy Grand.

Sementara itu, klip video (MV) ‘Baby Sayang’ mencapai tontonan lebih sejuta kali pada hari kelima dilancar sejak dilancarkan pada Rabu, 17 Ogos 2022. - KitaReporters


11
14
0
13
0

Copy Link: