Malam gemilang bagi artis Universal Music Malaysia, Def Jam Recording! Mendominasi kemenangan AIM23!
Published bySELEPAS lima tahun berehat, Anugerah Industri Muzik (AIM) yang menyaksikan penganjuran edisi ke-23, berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melabuhkan tirainya pada 11 September 2022 lalu dengan jayanya membuktikan AIM tidak pernah hilang taringnya, malah kekal berprestij.
Dalam pada peminat muzik tanah air meraikan barisan pemenang menerusi lagu dan penyanyi kegemaran mereka yang dinobatkan sebagai terbaik, tidak dilupakan tulang belakang di sebalik kejayaan itu.
Pastinya, apa yang menjadi tumpuan pada AIM23 malam itu apabila syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia unggul dengan meraih 12 kategori daripada 21 kategori yang tercalon.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Anugerah INdustri Muzik
Kemenangan itu terdiri daripada Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita): Sinar Mata Hati (Ernie Zakri); Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan): Tunggu (V.E.); Album Terbaik: Yonny (Deluxe Edition) (Yonnyboii); Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artist Luar Negara: Tak Ingin Usai (Keisya Levronka); Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: Game of Charades (Sophia Zuhri); dan Lagu R&B/Hip Hop Terbaik: CIAO (Joe Flizzow).
Selain itu, Lagu Pop Terbaik: Goodbye Hello (Ernie Zakri & Syamel); Rakaman Album Terbaik: Belagu (Dayang Nurfaizah); Rakaman Lagu Terbaik: Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah); Susunan Terbaik Dalam Lagu: Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah); Lagu Terbaik: Goodbye Hello (Ernie Zakri & Syamel); dan Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi: Adakah Ini Mimpi (Reedzwann).
Kumpulan VE.
Mengulas kemenangan yang diraih, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berpendapat kemenangan yang diraih syarikat rakamnnya dan Def Jam Recordings Malaysia dianggap sesuatu yang luar biasa apatah lagi selepas industri hiburan tanah air ‘lumpuh’ ekoran pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir dua tahun.
“Kita tahu sepanjang pandemik Covid-19 aktiviti seni tidak dapat dilaksanakan seperti sebelumnya. Namun, syarikat rakaman tidak boleh duduk diam saja.
"Jadi, apa yang dibuat adalah memperkasakan lagi kandungan di platform digital. Justeru, sepanjang tempoh itu, Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia tetap rancak menghasil dan menerbitkan lagu khusus buat peminat muzik tanah air,” jelas Kim Lim.
Kim Lim (dua dari kiri) bersama Kumpulan Dolla.
Tambahnya, biarpun masih berdepan cabaran, tapi ia bukan halangan untuk syarikat rakaman berhenti daripada terus berkarya dengan menghasilkan lagu dan album berkualiti.
“Apatah lagi ini adalah asas yang menjadi keutamaan kami. Apa pun, kemenangan pada AIM23 bukti kerja keras semua pihak yang terbabit secara langsung mahupun tidak dalam semua karya yang diangkat. Semoga ini menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia menghasilkan lebih banyak karya berkualiti dan terbaik,” katanya sambil memaklumkan bahawa syarikat rakaman turut memberikan kebebasan kepada penyanyi untuk berkarya dan menunjukkan kreativiti mereka.
Kim Lim tetap berharap aktiviti mempromosikan lagu secara lapangan diteruskan dan ia adalah tradisi yang tidak boleh dilupakan.
“Walaupun sepanjang tempoh pandemik dan PKP itu kebanyakan aktiviti dijalankan secara dalam talian membabitkan semua platform digital, Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia masih menjaga kualiti itu.
"Dalam masa sama, aktiviti ‘on ground’ yang kebiasaan dibuat sebelum ini masih perlu dijalankan. Kita tetap nak ada ‘vibes’ itu,” jelasnya.
Keisya Levronka, pemenang kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artist Luar Negara turut menghiburkan penonton pada malam AIM23.
Sementara itu, Pengarah A&R & Pemasaran Universal Music Malaysia yang juga Ketua DefJam Recording Malaysia, Hermond Cheng turut berbangga atas pencapaian diraih oleh Def Jam Recordings Malaysia.
“Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang menang pada AIM23 terutama dari Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia.
"Cukup bangga juga apabila Def Jam Malaysia bawa pulang dua kategori iaitu Album Terbaik: Yonny (Deluxe Edition) (Yonnyboii) dan Lagu R&B/Hip Hop Terbaik: CIAO (Joe Flizzow),” kata Hermond,
Menurutnya, walaupun Def Jam Recordings Malaysia boleh dianggap pemain baru dalam pasaran muzik tempatan, kemenangan diraih adalah bukti yang mana mereka sentiasa mahu memberikan hasil kerja dan karya yang berkualiti.
“Dalam masa sama, saya percaya sokongan daripada semua pihak antara penyumbang kepada kejayaan ini,” tambahnya.
Hermond (kanan) meraikan kejayaan artisnya, Yonnyboii.
Selain itu, Universal Music Malaysia dan Def Jam Recordings Malaysia turut merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada beberapa rakan kerjasama mereka antaranya Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd; DN & AD Entertainment Sdn. Bhd; Cloudworks Entertainment; Kasugi Timur Sdn. Bhd.; Wake The Baby dan RUSA Marketing Sdn. Bhd.
Untuk rekod, bagi penganjuran AIM ke-23, pihak penganjur menerima 650 pencalonan bagaimanapun hanya 105 disenarai pendek bagi 21 kategori yang dipertandingkan untuk karya yang diterbitkan dalam tempoh satu setengah tahun bermula 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.
Rosmin Hashim (kiri) ketika mengiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa (dua dari kiri) menyampaikan Anugerah Sri Wirama kepada Tan Su Loke.
Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang juga Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim memaklumkan seramai 113 juri terbabit dalam penilaian calon dengan setiap kategori diadili antara tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing.
Juri terdiri daripada antaranya Maestro Muzik, Datuk Mokhzani Ismail merangkap ketua juri, Omar K, Dj Fuzzm Adi Priyo, Shah Slam, Datuk Syafinaz Selamat, Fauzi Marzuki, Datuk Acis, Datuk Afdlin Shauki, Mas Idayu dan Noryn Aziz.
Barisan artis Universal Music Malaysia & Def Jam Malaysia yang hadir pada AIM23.
Senarai penuh keputusan AIM ke-23:
Artis Baru Terbaik
Vanessa Reynauld
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki)
Arddley Nicholas
Lagu: Pilu
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Ernie Zakri
Lagu: Sinar Mata Hati
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
Kumpulan V.E
Lagu: Tunggu
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Shila Amzah and Liza Hanim
Lagu: Bahagiakan Dia
Video Muzik Terbaik
Pengarah: Chuan Looi
Video Muzik: Gatal
Artis: Janna Nick
Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem atau Drama
Bahagiakan Dia
Shila Amzah & Liza Hanim
Komposer & Penulis Lirik:
Aliff Iskandar & Que Afiq
Lagu Rock Terbaik
Tugu Ugut
Sekumpulan Orang Gila
Komposer: Nazrin
Penulis Lirik: Ajim Juxta
Lagu Pop Terbaik
Goodbye Hello
Syamel and Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik:
Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan
Lagu R&B/Hip Hop Terbaik
CIAO
Joe Flizzow
Komposer: Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions
Penulis Lirik: Joe Flizzow, Jay Park
Lagu Pop Elektronik atau Dance Terbaik
Fun, Lust, Love
Late Night Frequency
Komposer & Penulis Lirik: Moja LNF
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Game of Charades
Sophia Zuhri
Komposer & Penulis Lirik: Sophia Zuhri
Lagu Cina Tempatan Terbaik
Wu Ren Qian Shou De Xin Fu
Uriah
Komposer: Uriah, Jia Wang
Penulis Lirik: Hong Jian Rui
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Tak Ingin Usai
Keisya Levronka
Komposer & Penulis Lirik: Mario G. Klau
Lagu Nasyid Terbaik
Thank You Allah
Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris
Komposer: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K
Penulis Lirik:
Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, Cat Farish, Ustaz Haris
Lagu Pop Etnik Terbaik
Adat Kasih
Ziha Salleh
Komposer: Aubrey Suwito
Penulis Lirik: Tinta
Album Terbaik
Penerbit: Wolfy
Album: Yonny (Deluxe Version)
Artis: Yonnyboii
Lagu Terbaik
Goodbye Hello
Syamel and Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik:
Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan
Vanessa Reynauld - Artis Baru Terbaik AIM23.
PRA-ANUGERAH:
Kulit Single atau Album Terbaik
Pereka: Patrick Leong Kok Soong
Alum: Adat Kasih
Artis: Ziha Salleh
Rakaman Album Terbaik
Jurutera Bunyi: Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito
Album: Belagu
Artis: Dayang Nurfaizah
Rakaman Lagu Terbaik
Jurutera Bunyi: Simon Khoo, Ari Renaldi, Aubrey Suwito
Lagu: Tudung Periuk
Artis: Dayang Nurfaizah
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Arranger: Aubrey Suwito
Lagu: Tudung Periuk
Artis: Dayang Nurfaizah
Lagu Paling Tinggi Di Strim
Lotus
Artis: ForceParkBois
Label: FORCEPARKBOIS
Video Muzik Rasmi Malaysia Paling Tinggi
Ditonton di YouTube
Malam Semakin Dingin
Artis: Tajul & Afieq Shazwan
Label: FMC Music
Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi
Adakah Ini Mimpi
Artis: Reedzwann
Label: Rusa Marketing/Universal Music
Tahniah kepada semua! - KitaReporters
Ernie dan Syamel penerima Anugerah Lagu Pop Terbaik.