Hotlink mempersembah Uni Legends MLBB 2024, pertandingan e-sukan pertama yang dianjurkan khas untuk pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia.

Dari sekarang sehingga 19 Ogos 2024, penyertaan untuk pertandingan Hotlink Uni Legends MLBB dibuka kepada para penggemar dan pemain e-sukan Mobile Legends: Bang Bang atau MLBB. 

Kejohanan ini akan bermula dari bulan September 2024 melalui acara dalam talian, manakala acara kemuncak peringkat terakhir akan diadakan di kampus UiTM Shah Alam pada bulan Oktober 2024.

Setiap pasukan dalam peringkat terakhir akan bersaing dalam beberapa pusingan pertandingan untuk meraih hadiah utama terkumpul sebanyak RM100,000.

“Kami amat teruja dapat menganjurkan Hotlink Uni Legends MLBB buat kali pertama untuk mendedahkan e-sukan kepada pelajar universiti di Malaysia secara besar-besaran. 

"Dengan status MLBB sebagai salah satu permainan mudah alih paling popular di Malaysia, kami berharap acara ini dapat mencapai golongan belia dengan lebih luas dan membuka ruang untuk mereka saling bekerjasama, merancang strategi dan menikmati keseronokan e-sukan,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pascabayar Maxis.



Pertandingan e-sukan Hotlink ini merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif e-sukan yang disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Festival kemuncak pertandingan ini bakal diadakan selama tiga hari dari 18 sehingga 20 Oktober 2024, di mana peringkat terakhir akan menyaksikan 8 pasukan terbaik bertanding untuk tempat pertama. 

Karnival ini akan turut menampilkan bazar makanan, festival urban, dan festival muzik untuk para pengunjung, dibawakan oleh rakan-rakan rasmi seperti rakan permainan rasmi, Moonton Games, penaja lokasi acara kemuncak Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan rakan F&B Hotlink Rewards, ZUS Coffee.

Pemain MLBB dijemput untuk menyertai Hotlink Uni Legends MLBB dengan membentuk pasukan yang terdiri daripada enam orang ahli.

Untuk layak menyertai pertandingan ini, kesemua ahli pasukan perlu mempunyai status sebagai pelajar sedia ada (warganegara Malaysia dan/atau antarabangsa) di mana-mana institut pengajian tinggi di Malaysia. Tiada had umur untuk penyertaan.

Daftar pasukan anda sebelum 19 Ogos 2024 di laman web ini: https://hotlink-unilegends.com.



Hotlink Uni Legends MLBB disokong oleh Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia terbitan Moonton Games. 

MPL merupakan liga e-sukan Malaysia yang paling terkenal dan dianjurkan sebagai salah satu cara untuk para pemain mewakili Malaysia pada pertandingan MLBB peringkat antarabangsa. 

Ini termasuk pertandingan pertengahan tahun Mid Season Cup (MSC) 2024 baru-baru ini, di mana pasukan Malaysia telah melakar sejarah dengan memenangi pertandingan antarabangsa besar MLBB buat kali pertama, serta pertandingan M6 World Championship yang akan dihoskan oleh Malaysia pada bulan Disember 2024 ini. 

Dengan tujuan untuk memperluas akses kesalinghubungan kepada orang ramai, Hotlink merupakan penaja rangkaian 5G rasmi bagi pertandingan MPL Malaysia musim ke-13 dan ke-14. - KitaReporters/Kenyataan Media

11
7
0
15
0

Copy Link: