Pek gula donut disangka dadah! Abang runner kena tahan polis
Published byBERIKUTAN pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan, bidang perkhidmatan penghantar makanan antara yang paling laku seperti goreng pisang panas selepas orang ramai mengamalkan norma baharu untuk duduk di rumah jika tiada apa-apa keperluan penting untuk keluar. : KitaReporters
Malah di jalan raya, abang-abang runner memenuhi jalan, sekali gus memberi rezeki tambahan kepada golongan berkenaan.
Namun, perkhidmatan tersebut yang didominasikan oleh lelaki muda dilihat tidak selamat lagi berikutan ada yang menyalahgunakan khidmat golongan tersebut.
Keadaan
tersebut menyebabkan pasukan polis lebih berhati-hati dengan abang-abang runner
itu.
Terbaharu
tular dalam media sosial perkongsian seorang lelaki meraih perhatian ramai, sekali gus membuatkan pengikut geli hati dengan cerita yang disampaikan olehnya.
Dalam
perkongsian tersebut @HassrayMohamad menyatakan rakannya yang merupakan seorang
penghantar makanan ditahan oleh polis gara-gara gula donut.
Alamak! gula
pun kena tahan apa cer ni??!!
Dalam
pemeriksaan jalanan itu, pasukan polis menemukan bungkusan gula dalam paket
kecil yang dibungkus asing menyebabkan polis menyangka bungkusan itu adalah
dadah.
Berpeluh
abang runner nak jawab dengan polis!!
Katanya
lagi, rakannya itu pada awalnya terkejut dan panik, namun menarik nafas lega
kerana ada seorang polis berbangsa India yang turut berada di tempat kejadian
membuka dan merasa bungkusan itu.
Aduh keluar
peluh jantan abang runner!
Terdahulu,
pasukan polis yang membuat pemeriksaan tersebut meminta penghantar makanan itu
mencuba, namun ditolak secara baik dengan alasan berpuasa.
Perkongsian tersebut
mendapat pelbagai reaksi dengan kisah tersebut.
Semoga
kejadian tersebut menjadi pengajaran kepada kita semua supaya lebih
berhati-hati dan tidak menggunakan kesempatan yang diberikan dengan melakukan
perbuatan yang ‘tidak baik’ dan melanggar undang-undang.
Hati-hati
abang Runner! - KitaReporters