MCDONALD'S Malaysia terus meningkatkan nilai positif dan mengukuhkan komitmen terhadap masyarakat melalui pelbagai inisiatif, sempena kempen Bulan Komuniti Kanak-kanak yang dianjurkan. 

Bertepatan dengan program Komuniti @ McD & RMHC (Ronald McDonald House Charities), syarikat tersebut komited dengan matlamatnya untuk membantu masyarakat di sekitar lokasi operasinya, dengan tumpuan khusus terhadap golongan kanak-kanak


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kanak-kanak


Menurut satu kenyataan media, sempena Bulan Komuniti Kanak-kanak pada tahun 2021 ini, McDonald’s dan RMHC menyumbangkan tilam dan bantal baharu kepada 25 rumah anak yatim, untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang tinggal di sana. 

Dalam usaha memberi keceriaan kepada 12,000 kanak-kanak yang terlibat, kru McDonald’s dari 300 restoran turut menganjurkan parti sambutan hari jadi di 400 rumah anak-anak yatim di seluruh Malaysia, sempena Hari Kanak-kanak Kebangsaan

Dalam suasana pandemik ketika ini, McDonald’s berhasrat memberi sumbangan dan bantuan kepada golongan masyarakat yang memerlukan, khususnya kanak-kanak. 

Untuk Bulan Komuniti Kanak-kanak tahun 2021 ini, sehingga kini, McDonald’s Malaysia telah membelanjakan RM350,000 untuk aktiviti susun atur rumah dan parti sambutan hari jadi di rumah anak-anak yatim seluruh Malaysia. 



“McDonald’s sentiasa komited memastikan kesejahteraan masyarakat di sekitar lokasi operasi kami dan kami ingin menjadi ‘jiran’ yang prihatin kepada mereka yang memerlukan. Dengan keadaan rumah yang lebih baik, kami berharap dapat memberikan persekitaran yang selesa dan selamat untuk perkembangan kanak-kanak ini. 

"Kami berhasrat memberi inspirasi kepada kanak-kanak, dengan membolehkan mereka membesar menjadi individu yang mempunyai cita-cita dan aspirasi, pada masa sama memupuk semangat hidup bermasyarakat yang saling membantu antara satu sama lain,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan.

Azmir bersama-sama kakitangan dan kru McDonald’s Malaysia berganding bahu menjalankan aktiviti susun atur rumah di Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan, salah sebuah rumah  daripada 25 rumah anak yatim terpilih untuk kempen ini. 

Dengan kerjasama Harian Metro melalui inisiatif Titipan Kasih, aktiviti susun atur rumah turut dimeriahkan dengan parti sambutan hari jadi untuk kanak-kanak di rumah tersebut. 



Sejak tahun 2017, restoran khidmat segera ini telah memulakan inisiatif Bulan Komuniti Kanak-kanak pada setiap bulan Oktober, di mana semua restoran McDonald’s mendekati kanak-kanak yang kurang bernasib baik melalui pelbagai inisiatif, seperti rombongan belajar, lawatan ke wad hospital dan lain-lain lagi

Setiap tahun, dianggarkan 7,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dianjurkan di bawah program Komuniti @ McD & RMHC untuk membantu golongan masyarakat yang memerlukan di seluruh negara. 

“Selain menjamin kesejahteraan masyarakat, kami mahu mewujudkan sebanyak mungkin impak positif dan terus memberi keceriaan kepada seramai mungkin anggota masyarakat. 

"Matlamat kami adalah untuk membolehkan golongan masyarakat yang memerlukan tidak berasa terpinggir, dan mereka tahu ada yang sudi meringankan beban mereka. Pokoknya, McDonald’s mahu menjadi tiang sokongan untuk masyarakat setempat,” kata Azmir dalam kenyataan itu lagi.



McDonald’s Malaysia dan kakitangannya sentiasa tekun melaksanakan inisiatif kemasyarakatan sepanjang tahun. 

McDonald’s dan RMHC secara aktif telah melaksanakan sumbangan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan. 

Sehingga tahun 2021, dengan menekankan kepentingan pendidikan, hampir RM9 juta telah dibelanjakan untuk pek “Kembali ke Sekolah” dan diagihkan kepada lebih 95,000 kanak-kanak di seluruh negara. 

Syarikat terus komited mendekati lebih banyak golongan masyarakat demi kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh. - KitaReporters


13
19
0
14
0

Copy Link: