PEMILIK bernama Mohammad Hafiz Hamidun ini mempunyai latar belakang hidup yang barangkali dia sendiri boleh simpulkannya sebagai ‘takdir’ kehidupannya.

Selain menerima pengiktirafan sebagai seorang daripada 500 Muslim paling berpengaruh di dunia oleh ‘The Muslim 500’, sebuah penerbitan tahunan pertama diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Islam Diraja di Amman, Jordan, Hafiz Hamidun juga tular apabila menjadi suami dalam tempoh kurang 5 bulan sahaja bersama seorang ahli perniagaan kosmetik terkenal, Joy Revfa.

Namun sayangnya, mahligai yang dibina pada 1 Mei 2017  hanya bertahan dalam tempoh sangat singkat sebelum akhirnya musnah pada 25 Oktober 2017.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan zikir



Bertitik tolak daripada situ, namanya terus menjadi bualan apabila Hafiz mengambil seorang bayi lelaki, Hamdee Abdul Hafiz,  sebagai penyeri hidupnya.

Langkahnya itu menimbulkan komen netizen bahawa Hafiz mahu menarik perhatian atau mencipta gimik namum dinafikan komposer dan penyanyi nasyid popular berusia 37 tahun ini.



“Tiada maksud tersirat atau apa-apa gimik mempromosikan sesuatu perkara. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan dan rasa teruja,” akui Hafiz.

Terbaharu,  sekali lagi membuat netizen tertanya-tanya kenapa penyanyi yang telah menghasilkan empat album ‘Zikir Terapi Diri’ bermula pada tahun 2011 disusuli ‘Zikir Terapi Diri 2’ (2013), ‘Zikir Terapi 3’ (2014) dan ‘Nur Zikir Terapi IV pada 2018, mengambil keputusan menghasilkan lagi album baharu, ‘Zikir Terapi Acapella’.





Dah kehabisan idea ke Hafiz?

“Album terbaharu ini merupakan kesinambungan dari kejayaan album Zikir Terapi Diri pada tahun 2011 di mana album fizikalnya telah berjaya dijual melebihi 1.5 juta unit di seluruh dunia dan mencatatkan lebih 100 juta tontonan dalam YouTube,” akui Hafiz ketika diwawancara pada sidang media secara maya pada 22 Oktober 2021.



Atas kejayaan album-album Zikir Terapi seterusnya itulah yang membuka hati Hafiz untuk terus berzikir sesuai pula dengan norma baharu saat negara dilanda pandemik COVID-19.

“Penerbitan album ini sangat luar biasa, meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, album ini telah diterbitkan secara maya sehingga saya terpaksa bekerja dari jarak jauh bersama jururakam bunyi berikutan keterbatasan dan kekangan operasi.” cerita Hafiz.

Bagaimanapun, tambahnya, mengambil kira penggunaan teknologi sepenuhnya di dalam pembikinan album ini, ia telah sempurna dirakam dan 'diadun' melalui proses mastering dalam tempoh sebulan.



Album ‘Zikir Terapi Acapella’ telah diterbitkan sepenuhnya oleh Hafiz sendiri dan bekerjasama penerbitan antara label miliknya Arteffects dan Universal Music Malaysia

Bersama-sama kemunculan album ini secara digital, Hafiz akan menerbitkan versi CD secara terhad dan eksklusif menerusi Shopee

Video muzik daripada album ini juga akan mula dikeluarkan bersama-sama pengedaran digital dalam YouTube, katanya.

Dalam perkembangan lain, berhubung soal rumah tangga, Hafiz memberitahu, beliau masih belum ada perancangan untuk mencari pengganti malah mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap membesarkan anak angkatnya, Hamdee, yang dijaga seawal usia dua bulan, Mac 2020.

Dan di atas rasa keterujaannya menjadi seorang ‘bapa angkat’, Hafiz turut mencipta satu akaun Instagram buat anaknya itu yang sehingga kini telah mempunyai 13,100 pengikut. - KitaReporters



7
16
0
14
0

Copy Link: