SEORANG jururawat kecewa kerana keinginannya untuk mendandan rambut di salun tidak dapat direalisasikan selepas temu janji dibatalkan pada saat akhir selepas pemilik salun berkenaan mengetahui dirinya seorang petugas barisan hadapan di sebuah hospital di Ireland, baru-baru ini. : KitaReporters

GAMBAR HIASAN... Keinginan Jururawat untuk mendandan rambut di sebuah salun di bandar Ireland tidak dibenarkan selepas mengetahui dirinya seorang jururawat. - Kredit foto: Shutterstock


Memetik laporan mirror.co.uk, tindakan tersebut diambil oleh pemilik salun berkenaan berikutan patuh dengan polisi selain bimbang berisiko membawa jangkitan Koronavirus (COVID-19).

Bagaimanapun tindakan tersebut dikecam oleh ibu jururawat itu, Mairie dan menyifatkan polisi yang diamalkan oleh salun itu tidak adil kepada petugas barisan hadapan.

Kesian jururawat tersebut… dahla lama bertugas membantu individu kini dirinya pula dipulaukan!!

GAMBAR HIASAN... Tindakan memboikot petugas barisan hadapan itu dilihat tidak adil dan merupakan polisi tidak matang.


Bertabahla wahai bidadari dunia!! Jasamu tetap dikenang.

Mairie memberitahu, anaknya sangat kecewa berikutan pembatalan temu janji berkenaan dan pihak salun menyatakan petugas barisan hadapan itu tidak boleh memotong rambut selagi wabak tersebut masih ada.

Alamak… ni tidak adil jika wabak ini berterusan dalam tempoh tertentu .. tak kan selama itu juga barisan hadapan tidak boleh guna memotong rambut.

Ini tidak adilll!!!

Kongsi Mairie lagi, anaknya telah membuat temu janji untuk memotong rambutnya dengan salun berkenaan sejak minggu lalu.

Malah anaknya sangat teruja untuk mengunjungi salun berkenaan selepas beberapa hari bertugas syif malam sebelumnya.

Terdahulu, anaknya dihubungi pihak salun dan bertanya beberapa soalan sebelum membatalkan temu janji yang telah dibuat tersebut.

GAMBAR HIASAN... Jururawat tersebut kecewa selepas temu janji dibatalkan pada saat akhir walaupun telah membuat temu janji sejak seminggu lalu.


Bagaimanapun selepas mengetahui anak perempuan adalah seorang jururawat dan bertugas di jabatan kecemasan di sebuah hospital di Dublin, pihak salun terus memaklumkan untuk membatalkan temu janji tersebut. 

“Walaupun anak saya telah menjelaskan tiada kes positif yang berlaku sejak kebelakangan ini, namun pihak salun tetap membatalkan temu janji kerana mengikut polisi yang ditetap,” ujar Mairie lagi. - KitaReporters

1
1
1
0
0

Copy Link: