Video| Lagi dikritik, lagi ditonton MV Kelepok Raya! Semakin laris Aliff Syukri! Caranya menjadi!
Published byAliff Syukri bersama sekumpulan penari lelaki yang dikatakan mempunyai unsur negatif LGBT
SEMAKIN ramai dan banyak pihak yang mengkritik video muzik (MV) lagu ‘Kelepok Raya’, semakin tinggi tontonannya dalam saluran YouTube.
Kali pertama ditayang pada jam 12 tengah hari Rabu 10 April 2022 dan sehingga jam 12 tengah hari Selasa, 16 April 2022 iatu hari ketujuh, MV ‘Kelepok Raya’ mencecah tontonan ke sejuta kali.
Dan sehingga jam 12 tengah hari Rabu, 27 April 2022, MV-nya melepasi tontonan 1.3 juta. Sementara lagu ‘Lip Lap Raya’ baru mencapai 562 ribu tontonan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aliif Syukri
Melihat jumlah tontonan yang terus meningkat dalam YouTube, ‘Kelepok Raya’ dijangka akan menjadi lagu bertema raya yang paling diikuti pada tahun 2022 ini.
Nampakny sebagai selebriti dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, bijak melakukan kontroversi untuk menarik semakin ramai orang menonton MV ‘Kelepok Raya’.
MV ‘Kelepok Raya’ berjaya mengatasi jauh tontonan MV lagu ‘Lip Lap Raya’ Siti Nurhaliza yang diIancar pada hari yang sama.
Yang paling menimbul kemarahan orang ramai ialah apabila seorang penari memakai singlet sambil bersongkok.
Terdapat beberapa kelebihan dilakukan oleh Aliff Syukri terhadap MV lagu ‘Kelepok Raya’. Ia adalah nyanyian duet pertama Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahila Mohd Rashid.
Walaupun nyanyian mereka biasa-biasa sahaja, namun ia masih mampu menarik perhatian. Melodi dan lirik lagu ini juga sesuai didengar.
Liriknya dihasil bersama pasangan suami isteri ini. Ia mengisahkan pergeseran suami isteri untuk balik berhari raya ke rumah orang tua sebelah suami atau isteri.
Kisah lagu raya seperti ini rasanya yang pertama dirakamkan di negara ini.
Dan Aliff berjaya mempopularkan perkataan baru iaitu ‘kelepok’ yang katanya diambil daripada perkataan ‘lepok’ yang bermaksud pukul. Sementara menurut dialek Kedah, ‘lepok’ bermaksud bersila, bertimpuh atau berlunjur. Dalam pada itu, mengikut bahasa Indonesia ‘kelepok’ bermaksud ‘serpihan’.
MV ‘Kelepok Raya’ menjadi bahan kontroversi dan perbincangan ramai apabila ia turut memapar lapan penari yang berperawakan lembut dengan menari termasuk ada yang hanya memakai singlet dan bersongkok.
Sejumlah agamawan turut mengkritik kerana aksi para penari lelaki berperawakan lembu itu dianggap mencemarkan keperibadian bangsa dan agama.
Namun Aliff Syukri tetap menganggap apa yang dilakukan tidak melanggar undang-undang dan kelihatan tenang sahaja apabila dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Selasa, 26 April 2022.
SKMM menyatakan tidak mempunya kuasa menyekat penyiaran MV ‘Kelepok Raya’ kerana tidak mempunyai unsur ‘melampau’ seperti didakwa sejumlah pihak, kecuali mendapat perintah mahkamah.
Aliff dipanggil ke SKMM berhubung kandungan MV 'Kelepok Raya' pada Selasa 26 April 2022.
Keputusan SKMM itu melegakan Aliff dan bakal menjadikan ‘Kelepok Raya’ lagu paling laris ditonton dalam saluran media sosial. Semakin dikritik, semakin suka bagi Aliff dari segi perniagaannya.
Menurut Aliff, dia menafikan anggapan pihak tertentu yang dia cuba menegakkan budaya LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).