/

Mak Wan Latah dan Husain selepas majlis akad nikah

Sebelum mendirikan rumah tangga kali ke-3, Mak Wan Latah telah menunaikan umrah kali kedua pada 25 Disember 2021 dan berdoa di Tanah Suci agar dikurniakan kehidupan bahagia hingga ke akhir hayat.

Kemudian pada  22 Januari 2022, Mak Wan atau nama lengkapnya Halimatussa'diah Mohd Daud, 69, bernikah dengan Husain Dolah, 74, di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.


Lagi cerita-cerita duka berkaitan kes perceraian


Sebagai salah seorang pelakon veteran yang masih dipercayai memegang watak berusia, Mak Wan sedia berkorban dengan tidak lagi aktif berlakon bagi memberi tumpuan terhadap rumah tangga.

Untuk itu Mak Wan sanggup berhijrah mengikut suaminya tinggal di Kuala Pilah, Negeri SembilanNamun hajat terkandas di tengah jalan. Rumah tangga hanya bertahan tiga bulan.

Husain melafazkan cerai talak satu di kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada pagi Khamis, 21 April 2022.



Husain yang tinggal di Kuala Pilah selaku plaintif hadir ke mahkamah kira-kira pukul 9 pagi memakai baju berwarna biru ditemani anak, menantu dan peguamnya, Husna Hamdan. Bagaimanapun, Mak Wan tidak hadir atas alasan tertentu.

Menurut peguam Husain, Husna Hamdan, pihaknya memfailkan permohonan perceraian pada 24 Mac 2022 lalu.

Pasangan pengantin bersama kaum keluarga.

"Kes perceraian antara Husain Dolah (plaintif) dan Mak Wan (defendan) adalah sebutan pertama. Pihak kami telah memfailkannya kes penceraian ni pada 24 Mac 2022 dan pihak kami dah buat serahan kepada Mak Wan sendiri pada 5 April 2022.

"Namun Mak Wan tak dapat hadir pada hari ini dan dia kena maklumkan kepada mahkamah dengan alasan yang munasabah," kata Husna kepada sejumlah petugas media yang menunggu di luar mahkamah.

Mak Wan dan Husain berkahwin pada 22 Januari 2022 lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Mak Wan selepas tujuh tahun hidup menjanda. - KitaReporters


/

11
15
0
10
0

Copy Link: