Gambar hiasan... Malaysia tidak akan berganjak dengan prinsip menolak LGBT.  Kredit foto: Getty Images


Malaysia akan tetap menolak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta tidak berganjak dengan prinsip dan pendirian untuk tidak mengiktiraf golongan berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro pada 26 Jun 2021, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan negara sememangnya berprinsip tidak benarkan gender ketiga.

“Ia perlu ditolak sebagaimana pendirian Malaysia menolak dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi golongan terbabit bersekali kumpulan pelik (LGBTQ) di seluruh dunia.

"Hujah yang tuntas perlu dikemukakan untuk tidak benarkan gender ketiga di negara ini kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.  Kerajaan tidak menyokong sebarang kempen LGBT di negara ini," katanya.

Sementara itu, Mesyuarat Khas Pasukan Petugas Menangani LGBT pada 24 Jun 2021 memutuskan akan ambil tindakan bersepadu dengan segera bagi menangani isu penghinaan agama secara umum dan promosi LGBT khususnya dalam media sosial. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
0
0

Copy Link: