Padan muka! Tawar sugar mummy kepada Diva AA! Sebakul makian

Published by
KitaReporters

SEJAK akhir-akhir ini nama pengacara popular, Azwan Ali semakin menjadi sebutan setelah dia kembali ke dunia pengacaraan setelah sekian lama menyepi. Siapa yang tidak kenal dengan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA. Semua orang tahu tentang kelancangan mulutnya yang berbisa apabila berkata-kata terutama dalam media sosial. : KitaReporters


Azwan bersama Elly Mazlein ketika mengacara rancangan Lagu Cinta Kita musim ke-2 di TV3.


Lagi cerita-cerita berkaitan Azwan Ali:

https://kitareporters.com/search?search=Azwan+Ali


Biar pun beribu-ribu kecaman dan kutukan terhadap dirinya, namun Azwan Ali tetap Azwan Ali, tidak peduli dan terus gah dengan identitinya itu. Malah ada beberapa perkataan yang menjadi trademark Azwan Ali diguna pakai oleh netizen seperti "not my level, dua kali lima, lima kali babi, kau sekolah tak?, makikan jer" dan banyak lagi.

Jadi, jangan berani cari pasal dengan Azwan kerana ia seperti mengundang padah. Malah, rakan-rakan artis turut tidak terkecuali kalau mencari pasal dengannya. 


Azwan pernah menjadi pengacara untuk Anugerah Juara Lagu 1989.


Sebut jangan cari pasal, Azwan Ali telah memuat naik dalam Instagramnya satu tangkap layar mesej daripada individu yang menawarkannya perkhidmatan seks sugar mummy.

“Adakah anda berminat dilayan oleh sugar mummy yang sanggup membayar anda sebanyak RM15,000 untuk satu malam,” tulis mesej berkenaan.


Sebelum ini pernah ada beberapa artis lelaki menerima mesej yang sama seperti Fizo Omar. Namun, ramai percaya mesej tersebut adalah daripada scammer.

Berbalik kepada cerita Azwan tadi, pasti anda dapat meneka bagaimana reaksi pengacara gah ini menjawab mesej yang diterimanya itu. 

Nampak gayanya individu terbabit tersalah orang! Apa tidaknya, berbakul-bakul makian dilemparkan oleh Azwan.

“Katakan tidak pada pant** mereput. Not my level. Gelupuh memasing! Macam Diva AA yang tetap kaya-raya ni hadaplah sangat deduit haram kau? #giiimamposss,” tulisnya.


Rata-rata netizen terhibur dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Azwan.

“Padan muka kena maki,” tulis salah seorang netizen.



Mungkin selepas ini individu tersebut serik dan tidak berani lagi mengganggu diva tersohor ini. 

Walaupun Azwan terkenal dengan keceluparan mulutnya, namun apabila membabitkan kerja, dia adalah seorang yang sangat profesional. - KitaReporters

0
0
0
2
1

Copy Link: