Berita Terkini| 12 penghantar makanan e-hailing dikompaun! Langgar SOP dalam tempoh dua hari!
Published byGambar hiasan... Orang ramai dinasihatkan patuhi SOP bagi elakkan diri daripada dikenakan kompaun.
SERAMAI 12 penghantar makanan e-hailing (e-panggilan) di daerah Sentul, Kuala Lumpur dikompaun dalam tempoh dua hari ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis
Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata penghantar makanan tersebut
didapati melakukan kesalahan secara berkumpulan dengan tidak menjaga penjarakan
fizikal pada 1 dan 2 Jun 2021.
“Lapan kompaun
dikeluarkan di sebuah taman permainan di Taman Segambut, Sentul pada 10.25
pagi, 1 Jun 2021 manakala empat lagi bertempat di sebuah warung kosong yang
tidak beroperasi di tepi jalan Batu 3, Jalan Ipoh pada 2 Jun 2021.
“Semua
penghantar makanan berkenaan diberi nasihat supaya mematuhi SOP PKP, namun
tidak diendahkan. Polis perlu ambil tindakan tegas dalam penguatkuasaan
undang-undang mengikut Akta 342 bagi putuskan rantaian penularan Covid-19.
“Orang ramai
sekali lagi dinasihatkan agar sentiasa patuhi SOP PKP dengan tidak berkumpul sehingga
menyukarkan penjarakan fizikal dan perlu sentiasa pakai pelitup muka,” katanya menerusi
satu kenyataan pada 4 Jun 2021.
Tambah
beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung pelanggaran SOP
PKP boleh hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerusi talian
03-4042206. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter