Berita Terkini| Barangan keperluan cukup dan stabil! KPDNHEP beri jaminan! Tidak perlu panik!
Published byKEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bahawa bekalan barang keperluan di seluruh negara masih stabil dan mencukupi semasa fasa lockdown bermula Selasa, 1 Jun 2021.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, orang ramai dinasihatkan
supaya tidak membuat pembelian panik susulan pelaksanaan Fasa Pertama penutupan
penuh sektor sosial dan ekonomi (total lockdown).
“Pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan oleh penguat kuasa kementerian setiap hari bagi memastikan keberadaan bekalan barangan keperluan asas di semua negeri.
“Seperti mana pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) lalu yang tidak merekodkan sebarang kes bekalan barangan keperluan asas
terputus,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad, 30 Mei 2021.
Beliau berkata, menjadi harapan KPDNHEP bahawa semua pihak terutama peniaga dan pengguna bersama-sama bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan melalui kawalan kendiri dan mengikuti SOP serta tidak melakukan pembelian panik supaya bekalan barang keperluan asas di seluruh negara terus berada pada tahap stabil dan mencukupi.
Dalam masa sama, Kementerian berharap pengguna dan pengunjung premis perniagaan akan terus merancang perbelanjaan dan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan di premis perniagaan yang boleh menyebabkan penularan Covid-19 meningkat.
Sejak Sabtu, 29 Mei 2021, suasana di pasar-pasar raya dipenuhi dengan
orang ramai mengambil kesempatan membeli lebih awal barangan keperluan meskipun
sektor perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh ‘lockdown
itu’.
Foto-foto orang ramai beratur panjang sehingga ratusan
meter turut tular dalam media sosial.
Antara foto yang dikongsi memaparkan orang ramai
membeli keperluan di pasar raya biarpun sektor ini akan terus beroperasi dalam
tempoh 1 hingga 14 Jun 2021 ini. -
KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter