Ada badan sado, punyai bakat seni bela, nak jadi artis filem aksi? Jom sertai Fit For Action!
Published byKredit foto: Instagram @aarondwiaziz.
Adakah bentuk badan anda sasa dan sado seperti pelakon Dato' Aaron Aziz atau Zul Ariffin contohnya? Atau mungkin anda mempunyai kemahiran seni bela diri? Malah di samping dianugerahkan fizikal gagah anda itu, anda juga menyimpan impian menjadi pelakon?
Tetapi bagaimana caranya, apatah lagi negara pula sedang berdepan dengan pandemik COVID-19 di mana pada tempoh PKP 3.0 ini, sudah tentu tiada peluang menunjukan bakat terpendam itu kan?
Usah khuatir setiap permasalahan ada titik penyelesaiannya di mana tidak lama lagi stesen tv popular kegemaran, TV3 bakal memperkenalkan sebuah program realiti terbaharunya yang diberi judul ‘Fit For Action’ (FFA).
Lagi cerita-cerita menarik
Pendek kata, inilah peluang anda untuk mengejar impian menjadi pelakon dan jika ditakdirkan anda bakal bergelar pelakon ibaratnya tidak ke mana gunung dikejar andainya itu aturan Allah SWT buat masa depan anda.
Ya, program FFA sudah membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbadan sasa, mempunyai kemahiran seni bela diri tetapi berminat berlakon untuk menyertai sesi uji bakat melalui platform media sosial sekarang.
Dijangka mula bersiaran pada bulan Ogos 2021, ‘Fit For Action’ bakal memaparkan 6 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan untuk menempuhi 32 cabaran fizikal dan 12 cabaran lakonan untuk menentukan seorang pemenang peserta lelaki dan seorang pemenang peserta perempuan.
Tu dia jangan ingat adegan lasak begini sesuai untuk lelaki sahaja tau, kaum wanita pun tidak kurang hebatnya jika diberi peluang, Kita tunggu siapa 'wanita besi' itu kelak nant
Apa pun, mereka akan berpeluang untuk menyandang watak dalam filem aksi terbitan Grand Brilliance kelak.
Jadi, jika anda rasa anda layak untuk bergelar bintang aksi Malaysia yang sebaris dengan Aaron Aziz, Remy Ishak, Zul Ariffin, Fazura, Shaheizy Sam dan Hairul Azreen, apa tunggu lagi.
Jangan lepaskan peluang mencuba nasib anda dengan menyertai program ini kerana tarikh tutup telahpun dilanjutkan dari 18 Mei ke 30 Mei 2021.
Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan yang berusia dari 18 hingga 35 tahun.
Caranya mudah sahaja.
Muat naik video lakonan anda sedang beraksi dan bersukan (berserta dialog) tidak melebihi satu minit dan sertakan #FITFORACTION di Instagram atau Facebook selewat-lewatnya pada 30 Mei 2021.
Sila pastikan akaun media sosial anda ditetapkan kepada umum. Pihak produksi akan menghubungi peserta yang disenarai pendek.
Jika masih blur dan tak faham apa kata dapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 ini dengan melayari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.
Mana tahu hikmahnya di sebalik dugaan tahun ini, ada rezeki untuk anda menjadi bintang terbaharu aksi Malaysia.
Dah duduk di rumah tu bolehlah fikirkan idea untuk memuat naik lakonan anda itu ke laman sosial sendiri ya.
Good luck! - KitaReporters