PEMENANG keempat Akademi Fantasia musim ke-12 (2015), Sharul Kamal, yang muncul sebagai peserta terakhir Immortal Songs, dengan penuh yakin mendendangkan lagu ‘Seruling Anak Gembala’ dengan susunan muzik rock. Ia membolehkan Sharul memenangi kategori ‘Susunan Muzik Terbaik’, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM10,000. : KitaReporters

Datuk Jefrydin mahu Sahrul membuat single Seruling Anak Gembaka ikut irama rock. 

Sementara itu, Datuk Jeffrydin, 73, selaku Karyawan Seni Legenda berpuas hati dengan kreativiti kesemua peserta yang mengubah suai lagu-lagu nyanyian asalnya bagi menghidupkan irama pop yeh-yeh bagi generasi baru.

Menyentuh lagu ‘Seruling Anak Gembala’,  Jeffrydin berharap Sharul dapat merakamkan lagu itu dalam bentuk ‘single’ seperti yang disampaikan pada malam tadi, Ahad, 4 Oktober 2020. 

Sharul memperoleh 745 mata daripada markah penuh 800, menewaskan Haqiem Rusli (704), Indah Ruhila (669), Kumpulan Floor 88 (622), Aiman Tino (583) dan Kucaimars (573).



Datuk Jefrydin memuji cara enam artis generasi baru mengolah semula lagu pop yeh-yeh


Dengan keputusan malam tadi, Sharul (745) kini menduduki tempat kedua selepas Naem Daniel (760) dan mendahului Aina Abdul (741), Azmi Saat (735), Stacy (722), dan Hael Husaini (686).

Jeffrydin atau nama sebenarnya Raden Jeffrydin Raden Imbromisoekaman adalah sekelumit bintang pop yeh-yang masih  giat menyanyi dan mampu mencari rezeki  sebagai penyanyi.

Carta kedudukan markah dalam Immortal Song  Daryj Jefridin


Sudah menyanyi sejak 60 tahun lalu iaitu pada 1960, namun mula popular sejak pertengahan tahun 1960-an. Jeffrydin dan Siglap 5 merupakan saingan terdekat dengan A Ramlie dan Rythmn Boys ketika zaman kegemilangan mereka. 

Dengan memiliki suara tersendiri Jeffrydin menjadi kegilaan peminat ketika muncul dalam pertunjukan pentas seluruh negara.  

Ada berita menyatakan ketika itu terdapat ramai wanita yang tergila-gila akan Jeffrydin dan gambar potret yang dibawa dihadiah kepada peminat menjadi simpanan bermakna. Malah ketika lagu Siti Haidar sedang popular muncul berita gosip bahawa Jeffrydin membunuh diri.

Jeffrydin menerima anugerah Datuk daripada Almarhum Sultan Perak, Raja Azlan Shah pada 1992 dan sehingga kini mempunyai lebih 20 buah album dalam bentuk EP atau LP.

Kini ‘Immotal Songs’ bakal berakhir Ahad nanti dengan Fauziah Latiff sebagai Karyawan Seni Legenda yang terakhir diketengahkan. Lima karyawan seni legenda yang sudah dimunculkan ialah Ning Baizura, Ella, Fauzi Marzuki, Datuk M Nasir,  Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Jeffrydin.

Nantikan Ahad ini persembahan Khai Bahar, Syamel, Ernie Zakri, Adira Suhaimi, Layla Sania dan Dazrin Kamarudin yang akan mengubah suai lagu-lagu nyanyian Fauziah Latiff.

'Immortal Songs’ berdasarkan program terbitan sebuah stesen TV di Korea Selatan, KBS,  yang mengguna jodol yang sama. Ia ditaja oleh syarikat tenusu Farm Fresh. - KitaReporters

Fauziah Latiff bersama artis enam generasi baru yang akan muncul Ahad ini.

4
0
0
0
0

Copy Link: