TIGA generasi terdiri daripada ibu bapa, anak-anak dan datuk nenek datang dari Labis, Johor semata-mata untuk menyaksikan pameran dan aktiviti 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama empat hari yang bermula dari 9 Disember 2021 lalu.

Pengunjung ini adalah sebahagian daripada pelawat dari seluruh negara termasuk Perlis, Melaka dan Pulau Pinang yang datang secara sukarela membawa keluarga ke ibu negara untuk menyokong program itu dan ingin tahu konsep AKM itu.



Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Keluarga Malaysia


Ruhaidini memperkenalkan pegawai seranta yang membantunya di Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Pengarah Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk  Ruhaidini Abdul Kadir berkata, pengalaman itu peristiwa menarik dilaluinya sepanjang bertugas kerana pengunjung yang datang ke pameran itu bukan orang ditaja atau 'diangkut' dengan bas oleh mana-mana badan politik bagi memenuhi dewan.

Katanya, kebiasannya sebelum ini apabila diadakan pameran terbesar seumpama itu menjadi tugasan ketua bahagian parti, wakil rakyat atau ahli parlimen menyediakan bas sekali gus menaja komuniti di kawasan masing-masing untuk datang melawat sambil bercuti di ibu negara.

"Hasil turun padang dan berjumpa sendiri dengan pengunjung, mereka memberitahu sungguh teruja datang bersama ahli keluarga termasuk ibu bapa semata-mata untuk mengetahui apa itu konsep AKM," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita  sewaktu jamuan makan tengah hari di Pusat Konvensyen KLCC sempena tamatnya ekspo berkenaan pada 12 Disember 2021 bagi menghargai petugas-petugas media yang membantu mempromosikan AKM.


Pengunjung yang membawa anak-anak bersiar-siar sambil meninjau ekspo.


Ruhaidini turut menceritakan sejarah program AKM itu diadakan yang bermula sewaktu dirinya menemu bual Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kini Perdana Menteri).

 "Saya bertanyakan apakah yang Datuk Seri fikirkan dan beliau menjawab punyai satu impian untuk mewujudkan konsep Keluarga Malaysia yang menyatukan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya yang membentuk 'keluarga besar masyarakat negara ini'.

"Penyatuan ini menurut beliau penting kerana konsep keluarga ialah apabila kita hadapi masalah, pastinya keluarga yang pertama kali akan datang membantu atau mempertahan serta memperjuangkan maruah.

"Bonding atau akrabnya hubungan komuniti ini adalah asas kepada perpaduan, kebebasan dan kesyukuran, baik dalam senang atau ketika diuji dengan cabaran termasuk ketika Covid-19 melanda negara." katanya.



Ruhaidini (berbaju putih) sedang berbual dengan tetamunya.


Tambah Ruhaidini, program AKM juga adalah anugerah terindah apabila pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang selama ini selalu berdoa untuk kejayaan PM dalam menerajui kepimpinan negara.

Katanya, mereka pada mula hanya mahu melihat  PM yang ketika itu menjadi Menteri Pertahanan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan semua yang terbabit berusaha keras untuk memastikan kejayaan dapat dicapai.

"Kami mendoakan agar beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri saja. Apabila dimakbulkan, rasa sangat bersyukur dan pelantikan itu selama 40 hari seperti tempoh orang dalam pantang setelah beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

"Kami terkedu, tidak terfikir sejauh ini perjalanan politik beliau. Semua bagaikan takdir terindah walaupun kami tidak bersedia langsung untuk berkhidmat kepada Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri serentak dalam tempoh begitu singkat," katanya.



Bermanfaat bila orang ramai berminat mengetahui operasi setiap kementerian.


Sehubungan dengan itu, Ruhaidini berkata apa yang berlaku adalah perancangan Allah yang maha terbaik kerana mereka hanya mendoa dan merancang untuk satu niat, ingin melihat Ismail Sabri menjadi TPM tetapi Allah SWT telah mengangkat darjat beliau menjadi PM, penerajui utama negara.

'Sehubungan itu, kami sangat menghargai kerjasama media dan dengan seikhlas hati, tegurlah kami jika ada silap supaya kami dapat memenuhi aspirasi Perdana Menteri yang mahu menyatukan rakyat dalam satu Keluarga Malaysia, dapat dicapai dengan gemilang," katanya. - KitaReporters


Pokok idea yang kumpul maklumat daripada orang ramai.


12
11
0
11
0

Copy Link: